Terima kasih pada anda yg sudi....

Sunday, October 24, 2010

Kek Marble Susu,Ber sos kastad capuccino

Salam hari minggu semua.Hari ni terrr rajin sikit buat kek saja nak makan-makan buat minum petang kalau tak habis boleh sambung untuk makan esok dan esok...atau bagi la jiran sebelah rumah merasa sikit dah la bau semerbak....kalau dok rumah flat lagi la usah dikata merebak sakan la..Resepi ni saya ambil kat blog paling popular....sape lagi kalau tak CMG.
Untuk kelainan rasa coklat emulco saya ganti dengan capuccino emulco.Dan untuk topping saya letak sos kastad capuccino.




Resepi :

Bahan-Bahannya :-)
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (saya letak emulco capuccino)

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.
  2. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  3. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan dengan menggunakan chopstick.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..

Untuk topping
  1. 2 cawan susu segar 
  2. 2 s\b tepung kastad
  3. 4 s\b gula pasir 
  4. 1 s\b emulco capuccino.
Cara:
          Satukan semua bahan diatas,masak dengan api perlahan hingga pekat dan berkilat.Kemudian salutkan  kek tadi dengan soso kastad capuccino.

Monday, October 18, 2010

Puding Roti Mable

Puding Roti Mable

Puding ni saya buat semalam untuk minum petang nanti.Resepinye saya ambil kat blog kak yati  .

Resepinya....

Bahan-bahan
  1.  4 keping roti
  2.  2 biji telur
  3.  1/2 cawan susu pekat
  4. 170ml susu cair
  5.  8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
  6.  1/2 cawan gula
  7.  2 sb butter/marjerin dicairkan
  8.  3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
  9. pewarna kesukkan .nak buat macam pelangi pun boleh.

Cara membuatnya:


1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bhgn, satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna merah.
5. Kacau cepat2 dan sebati.
6..Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna asal dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

Sunday, October 17, 2010

Mini Roti Bom....

Mini roti bom ni saya buat tadi untuk minum petang dan untuk sarapan esok. Saya buat banyak -banyak pastu frozenkan, esokkan anak - anak dah mula sekolah.Pagi -pagi nak tebar roti tentu memakan masa. Bila ada waktu pada hari minggu buat banyak -banyak dan bekukan.





Resepinya

500 g tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 biji telur ayam
1 sudu besar mentega
250 ml air sejuk.

cara -cara
  • Masukkkan semua bahan kecuali air dalam bekas adunan,gaul sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit uli hingga lembut.rehat kan seketika,tutup dengan tuala lembab.
  • Ulikan sekali lagi adunan supaya lembut dan kemudian bahagikan adunan kepada bebola kecil.
  • Salutkan setiap bebola kecil dengan mentega dan boleh masukkan dalam bekas.
1. Roti yang telah siap di tebar nipis...letakkan sedikit mentega dan taburkan sedikit gula.







2.Lipatkan kulit roti supaya gula tak bertaburan dan simpulkan macam sanggul.Rehatkan sekejap.Bila nak goreng tekan-tekan kan adunan tadi nipis- nipis.Masa goreng tak perlu pakai minyak sebab dah ada mentega dalam roti yang di simpul tadi.




3.Goreng dengan api perlahan sehingga kuning -kekuningan.

Udang masak merah

Keja aku ari minggu dok dapur je godek2 mana yang ada.Masak apa yang anak -anak hendak makan.Udang masak merah ni anak aku yang bongsu nak makan .Bby ni pantang tengok udang memang kesukaan dia seafood ni.Kesian pula adik dan kakak seafood ni mereka berdua alahan...Nanti umie masak menu lain  untuk kakan n adik ye....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 500g - Udang  (  udang jenis lain pun boleh )
  • Sos cili dan Sos tomato
  • 4 - 5 ulas bawang merah dan bawang putih ( di tumbuk halus )
  • 1 inci halia & 1 batang serai ( dihiris & di tumbuk halus )
  • gula, garam dan aji ( secukup rasa )
  • 5 sudu besar cili kering yang dah diblender( sukatan terpulang pada individu utk kuahnya)
  • 3 biji tomato ( dipotong empat )
  • sedikit air untuk memasakkan udang

Cara-cara

  1. Panaskan minyakdan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk halus tadi. 
  2. Masukkan cili kering yang dikisar tadi tumis hingga pecah minyak.
  3. Kemudiah masukkan sos cili dan  sos tomato.
  4. Lepas itu masukkan udang galah tadi dan gaul sebati.
  5. Bila sudah sebati masukkan  gula, garam, ajinomoto, tomato dan air, biarkan memdidih.
  6. Bila kuahnya sudah nampak pekat bolehlah diangkat 
  7. Boleh dihidangkan bersama dengan nasi putih.

Untuk renungan bersama



ALLAH IS GREAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kisah Air Masin & Air Tawar

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Daging goreng


 Hari minggu ni  saya masak simple je... daging goreng...Anak -anak pun tak memilih sangat untuk makan.Lagipun  my hubby outstation....malam mungkin baru balik .Kita gan anak- anak masak yang senang  mudah dan cepat....

Resepi

300 g daging lembu
1 labu bawang besar – di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
2  -3  hirisan halia
5 -6 biji cili padi
sedikit lada sulah
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cara -cara

1. Daging di hiris nipis dan di bersih dan di toskan.
2. Gaulkan daging tadi dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Kemudian  masak hingga kering airnya didalam kuali.
4. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak hingga daging empuk.
5. Bila daging telah empuk masukkan 2- 3 sudu makan minyak masak kedalam daging.
5. Goreng daging seketika barulah masukkan bawang hiris, bawang putih, halia, dan cili hiris.
6. Kacau daging tadi hingga bawang layu, kemudian masukkan  sedikit lada sulah, garam
7. Sesuaikan rasanya bolehlah diangkat.

oder....

60 pcs puteri ayu di order oleh mak mertua untuk jiranya.... dan saya tambahkan puding roti pelangi...lupa nak ssnappp gambo dalam loyang ..petang nanti rasanya nak buat lagi anak saya yang sulung tu suka sangat....

Dorayaki

 Menu minum petang semalam saya buatkan dorayaki resepi ambil sini.
saya tak letak inti taruk madu sahaja...

Resepi

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Friday, October 15, 2010

Nasi goreng kampung

Ni... buat untuk makan tengahari dan malam....my habby selalu bz,sangat2 bz ,hari minggu pun outstation je... kita gan anak -anak makan pun sempoi2 je.... senang kerja....

Resepi ni saya ambil dari buku kak liza SENANGNYA MEMASAK .

Resepi
 Bahan -bahan (A)
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 2 biji telur
  • 200 g kangkung
  • 2 sudu minyak masak 
  • 100 g udang 
  • 100 g sotong
  • 100 g isi ayam
  • garam secukup rasa
bahan (B) ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah 
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • segenggam ikan bilis
Cara -cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan ditumbuk hingga naik bau.masukkan udang ,sotong dan isi ayam
  2. Masukkan kangkung dan kacau hingga layu
  3. masukkan telur dan biarkan keras sebentar baru dihancurkan
  4. masukkan nasi dan garam garam .kacau hingga masak
  5. hidangkan ikut kreativiti masing -masing

Mengatasi masalah kuat marah

 

 Mengatasi masalah kuat marah pada anak

 Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam. S

Kek span vanila cheese

Kek span vanila saya buat semalam...tak sempat nak hias anak -anak dah nak makan ,sesekali makan yang kosong tanpa icing sedap juga.Nak kan kelainan rasa sikit saya gantikan vanila dengan se cawan krim cheese.Nasib baik menjadi, kot bantat je.Rasa cheese halus tak la rasa muak dengan cheese.

Resepi

bahan -bahan
  • 125 gm tepung kek
  • 15 gm ovalette
  • 125gm gula kastor
  • 5 biji telur (A)
  • 75 gm mentega cair atau minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 cawan cream cheese(cair kan sacara double boil.sejukkan) 
cara -cara
  1. Satukan gula ,ovalette, tepung ,serbuk penaik dan telur dalam mangkok adunan (gaul sebati dulu). Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 - 10 minit dengan kelajuan tinggi.
  2. Tuangkan minyak atau mentega cair dan gaulkan dengan senduk hingga sebati
  3. masukkan krim cheese gaul sebati
  4. sediakan tin pembakar bulat berukuran 8 inci.Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 180'c
tip : kek span hendaklah di telangkupkan pada redai supaya ia tidak mendap.

Thursday, October 14, 2010

Salat sayur sempoi

Salat sayur sempoi boleh la kot taruk nama tu...bahan2 aku main campak ikut sedap rasa tekak sendiri je la.... ada niat nak kurus ni... buat salat ni untuk makan malam....(berapa hari ye dapat bertahan... baru nak makan salat ni perut dah mintak nasi huhuuhu...)

Resepi

bahan -bahan
  1. bunga kubis 
  2. brokoli
  3. lobak merah
  4. timun batang
  5. mayonis 
  6. sedikit jus limau nipis
  7. bawabg potong dadu.
cara -cara
1.  Semua bahan - bahan ikut sukatan sendiri ye
2.   Bunga kubis dan brokoli rebus hinggan empuk
3.   Timun batang dan lobak merah disagat halus
4.   Campurkan semua bahan gaul sebati... rasa ikut tekak masing ye...kalau nak tambah bahan lain pun
      boleh  juga...

Tuesday, October 12, 2010

Spaghetti

Semalam tak tau nak makan ape...tengok stok masih ada spaghetti,Dari tengahari sampai ke malam kita anak beranak menghabiskan spaghetti ni....untuk sos saya main taruk je bahan yang ada kat umah...rasa pun main ikut tekak je lah....hihihi


Resepinya.

Bahan-bahan 

  • 300gm daging cincang
  • 1 ulas bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji tomato *
  • 1 kiub chicken stok
  • 1 biji cili merah *
  • 500gm pes tomato
  • Sedikit garam.
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Potong dadu utk semua bahan yang bertanda *
  2. Kemudian panaskan minyak. Bila minyak dah panas tumiskan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
  3. Bila bawang dah wangi masukkan pula cili merah yg dipotong dan kacau rata..5min kemudian masukkan pula tomato yg dipotong.. Masak hingga tomato hancur..
  4. Bila semua bahan dah sekata barulah masukkan daging cincang. Masak hingga separuh kering..
  5. Kemudian masukkan pes tomato,chicken stok,sedikit garam, dan sesuaikan rasa rase..
  6. Biarkan mendidih sambil2 tu kacau2 sikit.
  7. Lebih kurang 10min siap untuk dihidang dgn spaghetti..

Saturday, October 9, 2010

Apam pisang

Jiran depan rumah bagi saya pisang emas yang dah masak ranum.Tak tau nak buat apa belek -belek buku resepi jumpa la Apam Pisang.(saya lupa dimana saya ambik resepi ni biasanya kat intenet)....jadi inilah sarapan kita.....

Resepi
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan pisang lecek
1/2 cawan minyak
1/2  cawan gula
sedikit esen pisang

 cara-caranya
  1. Masukkan telur dan gula pukul hingga sebati.
  2. Masukkan pisang,bp dan soda serta minyak pukul sebati
  3. Dan akhir sekali masukkan tepung serta esen pisang.bolehla masukkan dalam acuan dan kukus 10 hingga 15 minit.

Pau Sambal

Terliur sangat saya lihat pau sambal kak Yati gebu-gebu.Sebelum ni memang selalu saya buat pau sambal,berbeza resepi....yang kak yati ni lebih rasa lemaknye....kak yati C n P ye....

Resepinya
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/ butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu suam, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.. Bahagikan doh kepada 20 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh dan leperkan sedikit.
  4. Tutup pau dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  5. Panaskan minyak. Goreng pau dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  6. Toskan minyak. Bila pau dah sejuk, bolehlah belah di tengah dan isikan dngn sambal tumis dan hirisan timun.

Thursday, October 7, 2010

Mini Murtabak

Salam semua...Ni sarapan pagi pada selasa lalu tak sempat nak edit kat blog....bz bz bz .Mini murtabak ni saya buat untuk bekal ke sekolah anak dan juga buat frozen ,time nak makan boleh panaskan dalam microwave.
Resepi buat kulit murtabak ni boleh juga buat roti canai. Resepi ni dari keluarga saya yang peniaga kedai kopi kat kampung.

Resepi untuk kulit

500 g tepung gandum
2 sedu besar susu pekat manis
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 biji telur ayam
1 sudu besar mentega
250 ml air sejuk.

cara -cara
  • Masukkkan semua bahan kecuali air dalam bekas adunan,gaul sebati.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit uli hingga lembut.rehat kan seketika,tutup dengan tuala lembab.
  • Ulikan sekali lagi adunan supaya lembut dan kemudian bahagikan adunan kepada bebola kecil.
  • Salutkan setiap bebola kecil dengan mentega dan boleh masukkan dalam bekas.
Untuk inti
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • 2 biji telur 
Cara-cara
  1. Untuk inti murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto.Masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil 1 doh bebola kecil dan tebar nipis-nipis , bungkus inti murtabak segiempat. 
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Wednesday, October 6, 2010

Kari Udang

Semalam saya buatkan kari udang untuk baby.Dua,tiga hari ni dia asyik nak makan udang je.Dalam keluarga kami hanya baby dan saya sahaja tak alahan seafood.Anak -anak yang lain kalau tersilap makan seafood habisla....kehospital la...jawabnyee

 

Resepi

  • 1/2 kg udang (15 ekor)
  • 1/2 biji kelapa ambil santan.(3cwn santan)
  • 1 paket serbuk kari udang
  • Kentang 2 biji.(saya tak letak...masa buat hari hari tu stok kentang dah habis)
  • 2 ulas bwg putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*(tumbuk)
  • 2 s/b cili boh / cili kering (diblender)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 btg kulit kayu manis 
  • garam, gula.serbuk perasa.
Cara -caranya.
  1. Tumis bahan kisar, daun kari,bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau dan kekuningan. masukkan cili boh dan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air terlebih dahulu.kacau sehingga pecah minyak/rempah betul2 masak, garing.
  2. Masukkan santan dan ubi kentang
  3. Apabila ubi dah hampir empuk, boleh masukkan udang, serta bahan perasa.sesuaikan rasa. tutup api,boleh dimakan dengan nasi panas.

Tuesday, October 5, 2010

Cheeces cake

 Hari minggu yang lepas saya buat Cheeces cake untuk anak -anak dan juga anak buah.Tak hias apa -apa makan kosong begini sekali sekala rasanya lebih sedap...resepi saya ambil kat sini

 Bahan Kek Span 
50 gm gula halus
50 gm butter
1 biji telur
1/2 s/k esen vanilla
125 gm tepung gandum ]
1/2 s/k baking powder ] ayak bersama

Cara 
1. Pukul butter dan gula sehigga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul rata.
3. Masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau rata.
4. Masukkan dalam loyang cheesecake dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan 160'C selama 15 minit.
5. Sejukkan.

atau boleh gunakan 250 gm tepung span mix.. 

Bahan Keju 
250 gm Krim Keju
30 gm mentega
30 gm gula kastor
3 biji kuning telur grade A
1 biji lemon..ambil jusnya
1 s/k esen vanilla
1 s/b tepung jagung

Bahan B
3 biji putih telur grade A
30 gm gula kastor
1/2 s/k cream of tartar



Oven setting 150'C
Masa Bakar 1 jam secara steam-bake

Cara: 
1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu persatu.
3. Masukkan perlahan esen vanilla dn jus lemon.
4. Masukkan semua Bahan B dalam mangkuk yg lain dan pukul sehingga menjadi ringan dn gebu.
5. Campurkan Bahan B kedalam Bahan Keju. Kacau rata.
6. Masukkan tepung jagung kedalam adunan perlahan. Kacau rata.
7. Masukkan adunan dalam acuan yg sedia ada kek span nipis tadi.
8. Masukkan acuan ini dalam acauan yg lebih besar dan masukkan air.
9. Bakar sehingga masak.
10. Keluarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan bluberi filling. 
11. Bila nak potong gunakan pisau plastik yg telah dicelupkan dalam air panas.

Sunday, October 3, 2010

Udang air asam

  Semalam adik saya datang bertandang di rumah kami.Selepas Aidilfitri kali ini kami sepakat setiap kali di hari minggu kami akan meyerbu kerumah adik beradik yang lain secara bergilir untuk makan tengahari atau malam.
Dengan cara ini kami semakin rapat,bertukar cerita dan anak-anak happy dapat jalan-jalan.Semalam saya ter ingin sangat nak makan air asam.Biasanya air asam boleh dibuat dengan daging atau udang tapi lebih sedap dengan udang la...

cara membuatnya

1.Rebus udang dengan air biarkan mendidih sekejap atau masak
2.masukkan serbuk perasa,garam,cili dan limau nipis sesuaika rasa nya
3. boleh lah dihidang

Cup cake

 Cupcake ni dioder oleh kak Ita untuk rumah terbuka sahabatnya.Terima kasih kak ita.

Puteri Ayu

Resepi
1 cawan gula 
2 biji telur
1 sudu kecil ovelatte
1 sudu kecil yis(dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 s/k pes pandan
1 cawan kelapa parut.
cara
1.gula ,telur,ovellate di pukul gebu dan kembang
2.masukkan susu ,yis, santan,pes pandan dan tepung gandum 
3.pukul hingga gebu.dan sebati.rehatkan selama 2 jam
4.semasa hendak kukus gaul sebati dan masukkan dalam acuan kukus selama 7 hingga 10 minit.

Masjid Al khadijah


Semalam oder last minit oleh ajk Masjid Al -Khadijah untuk sarapan pagi kepada mereka yang terlibat dalam penyediaan majlis jamuan hari raya pada sebelah petang