Pagi tadi singgah sekejap kat Masjid Al-Khadijah untuk hantar oder kuih.Terasa meriahnya melihat ramai kanak- kanak , musim cuti sekolah ni bagus juga diadakan program sedemikian.Tentu meninggalkan kenangan pahit manis diantara mereka kerana akan di 'sunatkan '.
Bersedia untuk acara 'Ber siram"
oh.... seronoknye....(selapas ni siap la kamu semua ye...)
Showing posts with label Kisah teladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah teladan. Show all posts
Sunday, November 21, 2010
Wednesday, August 25, 2010
Renungan Untuk Para Lelaki
Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini. Yang pompuan pun sama jadikan sebagai pedoman.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan dimakan, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran
Semoga bermanfaat untuk kita semua…
Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan dimakan, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1. Ketaqwaan
2. Kasih sayang
3. Kesetiaan
4. Komunikasi dialogis
5. Keterbukaan
6. Kejujuran
7. Kesabaran
Semoga bermanfaat untuk kita semua…
Sumber: gmail-malaysia@googlegroups.com
Sunday, August 22, 2010
Seutas Gelang Zamrud
Assalamualaikum...dok ronda2 kat blog seribu warna pelangi jumpa la cerita ni... terasa pilu juga. Saya suka jalan ceritanya...layannnnnnnnn,
Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.
Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.
Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.
“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.
“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura!Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.
“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.
Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….”
tanya Sapura.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley. ” Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Fadley.
“Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”. “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura melerek. “Kari kapitan?” teka Fadley. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan lamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.
Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.
“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tue”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.
“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang nie?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai mas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.
Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.
“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. “Me too..” jawab Sapura pendek.
Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.
“Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.
Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.
Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa
wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?
“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”
Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.
Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.
Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley
membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.
Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.
Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya
di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan
kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya…
Saturday, May 15, 2010
Berperang dengan Mayat
Berperang dengan Mayat
Diceritakan oleh Ustaz Haron Ibrahim
HATI saya mula runsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta idak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang 'lain' yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan.
Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk. Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut,
namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil untuk menguruskan satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut.
Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya engok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu "
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau 'benda' itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya
'berperang' dengannya.
Kira-kira pukul pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir.
Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat terentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan-Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang
saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata: Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan
mata. Selepas hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.
Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya
memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh 'mayat' berkenaan. Apabila
dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat. Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberikan iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daipada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut.
Menurut pendapat sesetengah orang gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya. Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi di buang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi
oleh jin.
Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran, Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daipada nabi.
Sumber: Mastika
Mayat Manusia Gagah Tiba-tiba Mengecut, Mengerekot
Mayat Manusia Gagah Tiba-tiba Mengecut, Mengerekot
Diceritakan oleh Ustaz Nahrawi Marzoki
KESIBUKAN kita berpuasa dan beribadat dalam bulan Ramadan mengingatkan saya kepada pengalaman yang saya lalui beberapa tahun lepas. Kejadian itu berlaku di Kuala Lumpur masa umat Islam sedang bersiap sedia menyambut Ramadan.
Pengalaman yang saya maksudkan ialah menguruskan satu jenazah yang tiba-tiba saja mengecut,
mengerekot dan menggerutu kulitnya tetapi apabila hendak dikebumikan, jenazah seperi membesar pula hingga tak boleh muat ke dalam liang lahad yang telah kita ukur dan gali.
Jenazah yang saya uruskan itu adalah seorang lelaki tua. Umurnya dalam lingkungan 80-an. Allahyarham ini masa hidup memang hebat orangnya. Badan tegap, muka tampan, handal dalam ilmu persilatan dan tidak pernah sakit. Pendek kata masa hidupnya, khususnya masa dia muda, semua orang gerun dengannya. Cukup hebat.
Tapi kita semua makhluk-Nya. Hebat macam mana pun memang akan mati juga akhirnya. Kira-kira dua bulan lebih sebelum meninggal dunia, Allahyarham ini tidak semena-mena saja jatuh sakit. Menurut keluarga Allahyarham, itulah kali pertama dalam hidup dia ditimpa sakit, Dan penyakit yang menimpanya itu pula memang teruk. Tapi peliknya, apabila dihantar ke hospital doktor gagal mengesan apa penyakit sebenar Allahyarham ini.
Allahyarham sakit dan terlantar selama dua bulan tapi dalam jangka waktu itu dia tidak mahu makan dan minum. Sebutir nasi pun tak masuk dalam perutnya. Kalau kita tak makan sehari pun sudah tak tahan, apa lagi dua bulan. Tapi Allahyarham ini walaupun tak makan dua bulan, badan dan kulitnya biasa saja, macam orang yang makan tiap-tiap hari. Tak susut langsung.
Allah itu Maha Berkuasa. Selepas dua bulan terlantar, Allahyarham tiba-tiba nazak. Doktor segera dipanggil. Selepas diperiksa, doktor dapati Allahyarham sudah pun meninggal dunia.
Namun yang menjadi persoalan dan yang buat doktor pening memikirkannya ialah walaupun sudah
meninggal dunia, tubuh Allahyarham ini masih panas seperti dia hidup lagi. Hendak dikatakan dia koma pun tak boleh sebab memang seluruh tubuhnya sudah mati.
Dua hari doktor menunggu tapi tubuh Allahyarham tak juga sejuk-sejuk sampai hendak disahkan sebagai sudah mati pun susah. Keluarga Allahyarham pun gelisah dan tak tahu apa yang hendak dibuat.
Saya ditemukan oleh Allah dengan pengalaman ini apabila diminta oleh anak Allahyarham supaya
membantu menyelesaikan masalah bapanya itu, Saya bersetuju dan terus pergi ke rumah Allahyarham.
Memang betul, badannya panas lagi. Sebab tengok mayat itu pelik sangat, saya beritahu
pada keluarga Allahyarham bahawa saya tak boleh nak kata Allahyarham itu sudah meninggal dunia. Tapi saya cakap, "saya akan cuba bantu'.
Selepas melawat jenazah itu, saya terus balik ke rumah dan minta pandangan ayah saya. Ayah saya adalah imam di kampung saya di Selangor dan banyak pengalaman menguruskan jenazah, Kata ayah, mungkin ada sesuatu yang diamalkan oleh Allahyarham yang masih belum dibuangnya.
Ayah berikan petua-petua untuk mengatasi masalah tersebut dan suruh saya cari barang-barang tertentu, antaranya ialah pokok tebu hitam.
"Engkau carilah benda-benda tu. Baca selawat, surah al-Fatihah dan doa-doa lain serba sedikit. Lepas tu hentakkan tebu ke sendi-sendi mayat," kata ayah saya.
Saya pergi semula ke rumah Allahyarham tadi. Sampai di situ, saya tengok benda-benda yang saya cari memang ada di rumah Allahyarham. Pokok tebu memang banyak, tersusun dan macam jadi hiasan rumah. Kata keluarga Allahyarham, memang Allahyarham yang tanam pokok-pokok tebu itu, tapi tak pernah sekalipun mereka nampak Allahyarham makan tebu-tebu tersebut. Barang-barang lain yang saya perlukan pun ada di rumah itu... seolah-olah dijaga dan disediakan oleh Allahyarham.
Apabila dapat semua barang-barang itu, saya buat macam yang ayah pesan. Saya bawa jenazah ke dalam bilik. Tak dibenarkan orang lain melihatnya kecuali waris terdekat takut nanti timbul fitnah dan syak wasangka yang bukan-bukan. Selepas itu saya ketuk sendi jenazah tadi dengan tebu hitam. Alhamdulillah, sebaik saja selesai saya buat petua-petua itu, badan Allahyarham
mula beransur sejuk.
Tapi keanehan tidak tamat di situ. Timbul pula masalah lain, Apabila badan Allahyarham menjadi sejuk macam mayat-mayat lain, kulitnya beransur-ansur jadi bertompok-tompok. Seluruh tubuhnya tiba-tiba bertukar hitam kebiru-biruan. Bonjol-bonjol macam cacar mula tumbuh sedikit demi sedikit... di muka, tangan, kaki, dada dan seluruh tubuhnya. Macam katak.
Yang paling menakutkan ialah tubuh Allahyarham yang mulanya tegap, gagah, tiba-tiba mengecut dan mengerekot... kecut, kering, berkedut dan menggerutu.
Daging dan seluruh isi tubuh Allahyarham seperti disedut hingga dia jadi kurus. Lama-lama badan Allahyarham ni jadi macam kayu kering ... keras dan berkedut-kedut.
Anggota badan Allahyarham pun turut mengerekot. Tubuhnya yang mulanya terbaring lurus, tangan dalam keadaan kiam tiba-tiba bergerak sedikit demi sedikit apabila isi-isi tubuhnya disedut Lama-lama keadaannya menjadi seperti orang tidur dalam keadaan kesejukan.
Tangan dan kakinya terbengkok mengerekot dan makin lama makin mengeras kaku. Saya tak boleh nak gambarkan... ngeri.
Apabila saya lihat muka Allahyarham, timbul keinsafan. Muka Allahyarham seperti orang yang sedang terseksa, Kasihan, sedih, insaf, macam-macam perasaan timbul ketika itu. Apalah agaknya yang sedang dialaminya.
Esoknya, kira-kira pukul 8.30 pagi, kami dapat pengesahan daripada doktor dan polis bahawa
Allahyarham sudah meninggal dunia. Saya beritahu keluarga Allahyarham dan pembantu-pembantu saya bahawa kami mesti uruskan jenazah ini secepat mungkin.
"Terima sajalah apa yang berlaku. Jangan cerita dengan orang lain. Kita sama-sama jaga dia dan kebumikan secepat yang boleh," kata saya kepada keluarga Allahyarham. Mereka setuju.
Semasa hendak mandikan agak sulit sebab badan Allahyarham keras dan mengerekot, susah nak dimandikan. Jenazah tak boleh nak diriba. Jadi kami mandikan Allahyarham atas kerusi malas.
Lepas siap mandi, kami balut jenazah itu dengan kain kapan... balut begitu saja...ikut syarat. Sebab jasad Allahyarham ini mengerekot dan tidak lurus, jadi kain kapannya pun jadi tidak elok.
Sepanjang menguruskan jenazah ini, saya berdoa supaya tidak berlaku lagi kejadian-kejadian aneh. Cukuplah setakat itu. Tak sampai hati saya hendak tengok jenazah berkenaan dan keadaan keluarganya.
Tapi Allah itu berkuasa melakukan apa saja. Entah apalah kesalahan Allahyarham, satu lagi peistiwa aneh berlaku apabila jasadnya hendak dikebumikan. Apabila dimasukkan saja jenazah ke liang lahadnya, tiba-tiba kami dapati jenazah tak boleh dimasukkan.
"Ah, silap ukur ke ni?" kata saya di dalam hati. Jadi kami ukur balik jenazah dan angkat ia ke atas semula. Kami gali dan besarkan semula liang lahad supaya boleh muat. Selepas itu kami turunkan jenazah dan cuba masukkan ke dalam liang lahad. Allah itu Maha Agung...
mayat itu tidak boleh juga dimasukkan ke liang lahadnya.
Apabila sudah dua kali berlaku perkara yang sama, kami mula pandang sama sendiri. Kami besarkan lagi liang lahad itu, tapi masih tak boleh masukkan jenazah berkenaan, Begitulah yang berlaku berulang-ulang kali hingga akhirya liang lahad yang asalnya cuma lebar lebih kurang dua kaki jadi lebih satu meter. Kita gali sampai lubang kubur itu jadi lurus macam tak ada liang lahad.
Apabila lubang sudah besar seperti itu, barulah jenazah boleh dimasukkan, Namun apabila liang lahad sudah dibesarkan timbul satu lagi masalah-papan pula tak cukup besar untuk menutupnya. Kami cari papan lain untuk tampung. Tak cukup papan kami ambil pula dahan-dahan pokok di kawasan kubur itu, Banyak pokok-pokok yang kena cantas dahannya.
Apabila sudah kecoh macam tu, orang yang menghantar Allahyarham ke kubur mula riuh-rendah.
Keadaan masa itu menjadi huru-hara sikit. Orang ramai mula panik. Apabila dah macam tu, saya minta mereka baca tahlil dan berdoa untuk kebahagiaan dan kerahmatan Allahyarham.
Lama-lama papan pun cukup ikut saiz yang dikehendaki bagi tutup mayat Saiznya lebih kurang semeter lebar, tapi sebab kubur sudah jadi lurus, kami tebuk pula dinding kubur itu supaya boleh letakkan papan tersebut. Inilah pertama kali saya saksikan kejadian seumpama ini.
Apabila urusan dalam kubur selesai, kubur. berkenaan pun dikambus. Maha Suci Allah, satu lagi keanehan berlaku. Tanah yang dikambus tidak cukup!
Kami ambil tanah-tanah di sebelah kubur Allahyarham ini, tapi tak juga cukup. Akhirnya terpaksalah kami tinggalkan kubur itu dalam keadaan seperti berlubang. Susah untuk saya jelaskan macam mana tanah boleh tak cukup sebab kalau kubur digali, tanah jadi gembur
dan apa keadaan sekalipun ia akan cukup. Tetapi kali ini tidak. cuma Allah yang mengetahuinya.
Untuk urusan pengebumian saja memakan masa lebih dua jam. Memang penat. Selesai ditalkin, kami tinggalkan kubur tadi dan balik ke rumah. Tetapi beberapa hari kemudian keluarga Allahyarham datang ke rumah saya. Kata mereka kubur Allahyarham makin mendap. Mendap teruk. Mereka minta saya tolong selesaikan masalah kubur itu pula.
Sampai saja di kubur Allahyarham, kami terus ambil tanah mana yang boleh dan kambus kubur berkenaan. Banyak tanah digunakan, sampai bukit dekat kawasan kubur itu pun kita ambil... ranap lerengnya. Selepas itu saya tidak dengar lagi cerita-cerita aneh tentang kubur
Allahyarham tadi.
Ini cubaan Allah. Apakah dosa Allahyarham hanya Allah yang tahu. Tapi saya yakin setiap yang berlaku itu adalah balasan Tuhan atas apa yang kita lakukan. Cuma satu ingin saya pesan, kalau anda ada mengamalkan ilmu-ilmu tertentu untuk mempertahankan diri atau pelindung, dan ilmu itu meragukan di sisi Islam ... buanglah. Saya khuatir ilmu-ilmu seperti itulah yang
menyebabkan Allahyarham tadi jadi sedemikian rupa.
Saya berpesan begini sebab difahamkan Allahyarham ini semasa hayatnya memang gagah dan ditakuti. Semasa terjadinya tragedi 13 Mei, dialah antara orang yang menjadi hero orang Melayu. Parang pisau atau senjata tajam lain dia tak kisah langsung sebab tak lut badannya. Sebab keballah itu sampaikan masa dia sakit timbul masalah kerana jarum suntikan tak boleh lut.
Kejadian ini adalah kuasa Allah dan jangan buruk sangka kepada mayat. Kalau ada mayat yang ada aib,tolonglah jangan ceritakan pada orang, namanya, keluarganya, kampungnya dan sebagainya. Tolong amanah betul-betul.
Saya bukan hendak aibkan Allahyarham, tapi tujuan saya dedahkan kisah ini cuma satu-untuk memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup. Moga-moga kita dapat petunjuk daripada-Nya.
Sumber: Mastika
Mayat Hitam Jadi Putih Selepas Diwudukkan
Mayat Hitam Jadi Putih Selepas Diwudukkan
Diceritakan oleh : Ustaz Haron IbrahimTELAH banyak cerita dan kisah yang kita dengar atau baca mengenai kejadian mayat-mayat yang diaibkan Allah. Kisah dan kejadian-kejadian itu memang menakutkan, tapi yang lebih penting bagi saya ialah kita sebagai hamba-Nya hendaklah insaf dan membersihkan diri kita supaya kita juga nanti tidak akan diaibkan sedemikian rupa.
Sepanjang lebih 15 tahun menguruskan jenazah, memang banyak pengalaman pelik yang telah saya lalui.Kisah yang ingin saya ceritakan kali ini ialah mengenai jenazah yang mendapat kemuliaan daripada Allah. Saya percaya, kisah ini dapat dijadikan pedoman supaya kita
sentiasa memilih jalan hidup yang lurus dan diredai Allah.
Kalau tidak silap saya, kisah ini berlaku dalam 12 tahun yang lalu. Ketika itu saya baru dua tiga tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang. Yang menimbulkan keinsafan ialah apabila Allahyarham itu saya wudukkan saja, kulitnya yang hitam tiba-tiba bertukar menjadi putih kemerah-merahan. Wajahnya pula perlahan-lahan bertukar seperi sedang tersenyum. Sangat tampan, berbeza dengan raut wajahnya semasa hidup.
Mayat tanpa waris ini saya uruskan di Hospital Klang dan umurnya dalam lingkungan 60-an.
Yalah...orang dah tua, wajahnya orang kata tak tampan berbanding orang muda. Tambahan pula Allahyarham ini seorang mualaf telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Semasa memandikannya, tak ternampak perubahan apa-apa. Tidak ada yang ganjil berlaku. Tapi yang luar biasanya, apabila kena saja wuduk, dengan takdir Allah kulitnya yang hitam dengan tidak semena-mena berubah warna menjadi kemerah-merahan. Wajahnya yang kita kata tak lawa tiba-tiba pula menjadi tampan, dan yang menginsafkan saya, mukanya dalam keadaan tersenyum. Cukup tampan, manis dan menyejukkan mata. Bukan saya sahaja, malah arwah Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman menguruskan jenazah juga terperanjat dengan kejadian itu.
"Haron! Haron," tiba-tiba Anjang Aki memanggil saya. "Mayat ini cantiklah. Mari, Mari cepat tengok," katanya lagi sambil menyuruh saya memandang ke arah jenazah yang
sedang kami uruskan itu.
Tanpa berlengah saya terus pandang wajah Allahyarham. Allah Maha Besar... betul apa yang dicakapkan oleh Anjang Aki itu. Waktu itu kami menyaksikan kebesaran Allah dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepada hamba-Nya yang soleh.
Mulanya memang kami tak sangka akan berlaku kejadian ini sebab semasa jenazah itu dimandikan tak ada perubahan berlaku. Tapi apabila saya mula wudukkan saja, bermula di bahagian muka, kulitnya yang hitam tiba-iba beransur-ansur jadi putih. Lebih menakjubkan, lepas itu kami saksikan macam darah dimasukkan ke dalam badannya. Dimulai dengan bahagian muka. Mula-mula sikit, tapi makin lama makin banyak. Darah itu kemudiannya turun perlahan-lahan sampai ke hujung kaki. Selain keanehan itu, tidak ada keanehan lain yang berlaku. Badannya sejuk macam mayat biasa.
Bagi saya, kejadian tersebut menyerlahkan betapa Allah amat menyayangi hamba-Nya yang soleh. Balasan baik itu diberi dan ditunjukkan-Nya di dunia lagi.
Allahyarham ini memang saya kenal. Dia penduduk tetap Klang dan seorang yang sangat baik. Allahyarham selalu berulang-alik ke Masjid Sultan Sulaiman, Klang. Saya memang cam Allahyarham sebab sebelum itu saya dapat tahu dia meninggal dunia. Tambahan pula kaki
kanannya cacat dari pahanya seperti melekat.
Apa yang mengagumkan kami ialah Allahyarham ini walaupun miskin, fakir, tapi dia tak pernah meminta-minta. Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerjanya ialah menjual ubat-ubatan tradisional dari satu tempat ke satu tempat.
Walaupun pendapatannya sedikit, tapi dia cuma terima wang harga ubatnya saja. Kalau orang beri dia lebih, sebagai sedekah, dia tak ambil. Dia akan pulangkan balik wang itu kerana prinsip hidupnya ialah dia tidak mahu orang bersimpati dengan dirinya. Dia mahu berdikari walau macam mana sulit sekalipun.
Saya juga diberitahu, apabila Allahyarham membeli roti, selalunya dia akan beli dua ketul. Sebagai contoh, kalau roti itu harganya 50 sen seketul, dia akan beli dua ketul. Seketul dia makan dan seketul lagi dia beri pada budak yang tolong membelikan roti itu.
Selain itu, Allahyarham cuma ada sepasang pakaian saja dan sehelai tuala. Apabila dia hendak mandi, pakaian yang kotor itu dia basuh. Selepas mandi pakaian itu dijemur dan dia pakai tuala. Apabila pakaiannya sudah kering, baru dia pakai semula pakaian tadi. Tuala itu dia jemur semula supaya boleh dipakai balik.
Satu lagi, Allahyarham tidak mempunyai isteri dan anak. Selain itu dia suka berhijrah dari masjid ke masjid kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Kalau Allahyarham hendak beli rumah memang tak mampu sebab dia tak ada wang. Tapi Allahyarham ini bukan orang yang suka meminta-minta. Walaupun dia layak untuk mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam
Selangor, tapi dia tak mahu memohon.
Begitulah kemuliaan yang Allah berikan kepada orang yang soleh dan zuhud. Bagi saya yang mengenali Allahyarham, memang layaklah dia mendapat kemuliaan sedemikian rupa.
Sumber: Mastika
Mayat Dihurung Semut, Diratah Ulat
Mayat Dihurung Semut, Diratah Ulat
KALAU kita baca surat khabar atau tengok TV, laporan tentang sumbang muhrim dah jadi macam berita biasa. Hari-hari ada kes bapa rogol anak, abang rogol adik, datuk rogol cucu, bapa saudara rogol anak saudara. Yang sedihnya, kebanyakannya dilakukan oleh orang yangberagama Islam.
Jadi sebab gejala itu dah makin teruk, eloklah kalau saya ceritakan pengalaman saya menguruskan satu jenazah yang pernah terlibat melakukan perbuatan tersebut. Ambillah iktibar daripada cerita saya ini.
Jenazah yang saya uruskan itu ialah seorang bapa yang mencabul tiga anaknya. Sama ada tiga anak gadisnya itu sudah tercemar atau tidak wallahuaklam, tapi memang mereka mengaku telah dicabul oleh arwah bapa mereka. Sama ada mereka melindungkan sesuatu daripada saya atau tidak, jangan tanya saya, saya tak tahu.
Kalau masa hidupnya si ayah berbuat jahat pada anaknya, nak jadikan anaknya bahan pemuas nafsunya, apa yang terjadi apabila matinya? Allah Maha Besar...lelaki itu mati dalam aib sampai anak-anaknya sendiri tidak mengenalinya. Malah mereka ceritakan tentang perangai buruk arwah bapa mereka kepada saya.
Kisah ini berlaku lebih 10 tahun lalu, di sebuah tempat di Pulau Pinang. Sedang saya berehat tiba-tiba saya dapat satu panggilan daripada menantu Allahyarham.
"Assalamualaikum ustaz. Ustaz boleh uruskan mayat ke?" tanya menantu Allahyarham itu yang juga seorang ustaz. Menantu Allahyarham ini berkahwin dengan anak gadisnya yang sulung. Lelaki itu ada tiga anak, semuanya perempuan. Dua lagi belum berkahwin.
Saya kata, "Boleh ustaz. Lama dah saya buat pengurusan jenazah ni. Sejak tahun 1958 lagi masa umur saya awal 20-an," jawab saya.
Kalau macam tu baguslah ustaz," katanya.
"Kenapa?" tanya saya, hairan.
Macam ni ustaz. Bapa mentua saya meninggal dunialah ustaz. Tapi keadaan mayat dah teruk sikit. Dah empat hari meninggal baru orang tau. Jadi pihak di tempat mentua saya tinggal tak mau uruskan jenazahnya."
'Tak apa... bawalah ke sini. Macam mana busuk pun saya akan terima."
Tidak lama kemudian jenazah lelaki itu pun dibawalah ke masjid tempat saya tinggal.
Betul seperti apa yang dicakapkan, mayat lelaki tersebut dah kembung. Ulat dah penuh di badannya. Muka dia kita tak kenal lagi sebab dah habis kena makan semut.
Maafkan saya sebab saya terpaksa bercerita sedikit tentang jijik dan ngerinya keadaan jenazah. Di badannya, ulat-ulat sudah menebuk dan makan daging-dagingnya. Busuknya susah nak kata. Begitu juga di muka. Ulat dan semut menghurung daging mata, hidung mulut, telinga
dan seluruh mukanya. Mereka makan daging-daging itu dengan lahap. Merayaplah ulat dan semut di seluruh badan mayat itu. Yang ulatnya menguit-nguit, merayap dari satu bahagian badan mayat ke satu bahagian yang lain.
Dalam perutnya yang kembung pula kita tak tahu berapa ribu ulat lagi yang ada yang tengah makan isi perutnya itu. Yang di luar badan pula menguit-nguit merayap di atas tilamnya. Memang jijik.
Ada yang kata pada saya, "Ustaz, agaknya ni sebab bumi tak nak terima jasadnya yang lengkap macam orang lain tak?" Saya diam saja, tak tahu nak jawab. Allah lebih mengetahuinya. Semoga Allah ampunkan dosa Allahyarham.
Namun ada satu yang agak pelik juga bagi saya. Tangan Allahyarham itu terkembang macam lepas kita turunkan tangan selepas takbir, tapi tak sempat nak kiam. Berhenti tengah-tengah.
Sama ada tangan dia jadi macam tu sebab badannya membengkak atau sengaja Tuhan nak tunjukkan sesuatu pada jenazah lelaki itu wallahuaklam, susah saya nak jawab. Kami cuba-cuba juga lenturkan tangannya supaya turun dan boleh kiam, tapi gagal.
Walaupun jenazah itu aib, busuk, berulat tapi sebagai seorang pengurus jenazah, kami perlu uruskannya dengan sebaik mungkin. Selepas mandi dan buangkan ulat dan semut mana yang boleh, saya pun kapankan jenazah Allahyarham, Cara yang digunakan ialah dengan memasukkan
jenazah dalam sarung plasik, kemudian kami pulas bahagian pangkal dan hujung plastik itu. Apabila plastik makin ketat maka tangan Allahyarham yang terkembang tadi pun turun ke perutnya dengan sendiri. Selepas itu barulah kami kapankan dengan kain putih. Jadi dengan
cara itu kain kapan tak kotor, tak busuk. Ketika sedang menguruskan jenazah itulah tiba-tiba
anak-anak Allahyarham datang kepada saya. Salah seorang daripadanya bertanya kepada saya.
"Ni bapa saya ke ustaz?"
"Saya tak tau. Saya mandikan saja. Tapi awak tengoklah dokumen-dokumen tu," jawab saya.
Lepas tengok-tengok dokumen si mati, memang sahlah jenazah yang saya uruskan hari itu adalah bapa mereka. Kasihan ... sampai anak sendiri pun tak kenal bapa. Bukan salah mereka, sebab memang muka Allahyarham dah dimakan semut dan ulat Selepas menengok jenazah bapanya, anak Allahyarham itu memberitahu saya, menceritakan tentang sesuatu yang amat menyedihkan saya.
Katanya, mengeluh, "Alah ustaz ... bapa kami dulu jahatnya bukan main. Sampai kami pun dia nak rogol. Lupa ke dia yang kami ni anak dia, keturunan dia, darah daging dia. Bukan ibadat yang nak dibuatnya, tapi kerja-kerja tak elok pula yang dilakukan.
Sebab dah tak tahan dengan perangainya sampai kami lari dari rumah. Kalau kami duduk lama, tentu kami terus jadi mangsa bapa. Agaknya sebab itulah dia mati macam ni. Nilah balasan Tuhan."
"Tak apalah nak... ini semua kuasa Allah. Boleh jadi Allah tak mahu hangpa tengok mayat bapa hangpa.
Boleh jadi. Yalah... sebab bapa hangpa dah buat benda tak elok pada hangpa. Jadi hangpa kenalah terima hakikat ni."
Selepas jenazah dikebumikan, anak-anak Allahyarham terus balik ke Kuala Lumpur. Saya dengar
mereka tak balik langsung tak tengok langsung rumah lama mereka itu. Malah saya dibeitahu bahawa rumah itu telah pun dijual tidak lama selepas kematian bapa mereka.
Kasihan, akibat nafsu si bapa, anak-anak yang hidup tertekan. Bagaimana kehidupan mereka sekarang saya pun tak tahu. Sejak kejadian itu, saya tak dengar sebarang cerita tentang mereka. Saya harap hidup mereka kini aman, bahagia.
Sebenarnya saya memang kenal Allahyarham dan tahu serba sedikit latar belakangnya. Kebetulan pula rumahnya dekat dengan rumah adik-beradik saya, jadi selain cerita daripada anak-anak Allahyarham itu, banyaklah lagi cerita yang saya dengar mengenainya. Orang di tempat tinggalnya pun memang tahu sangat perangai lelaki tadi.
Daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, lelaki itu semasa hidupnya memang bernafsu buas. Apabila isterinya meninggal dunia, dia cuba nak jadikan anak-anaknya yang masa itu tengah remaja sebagai tempat lepaskan nafsu.
Rumahnya pula kecil, tak ada bilik. Semua tidur sama-sama. Apabila lapang macam tu, tentulah si bapa ni tergugat imannya. Tambah pula isterinya dah tak ada. Maka dia pun mula buat jahat.
Pernah sampai anak-anaknya itu menangis sebab dicabul lelaki tadi. Orang kampung pun datanglah tengok, tanya kenapa sampai jadi macam tu. Anak-anak lelaki itu pun mengadu dengan orang kampung tentang perangai bapa mereka. Akhirnya sebab dah tak tahan lagi dengan perangai bapa, mereka lari dari rumah.
Akibat betuankan nafsu, maka terimalah akibatnya. Anak-anak jadi susah, lelaki ini pula hidup tunggang-langgang seorang diri. Apabila anak-anak dah lari, dah benci dengannya, maka tinggallah lelaki tadi seorang diri. Sakit pening makan pakai semua uruskan sendiri.
Suatu hari, tidak tahulah kerana sakit apa, lelaki tadi meninggal dunia di dalam rumahnya. Seorang pun tak tahu sampailah hari keempat apabila mayatnya mula berbau.
Masa mayatnya dijumpai, lampu masih bernyala lagi. Mujur lampu minyak tanah dia tak terbalik, kalau tidak tentu habis rumah terbakar.
Begitulah yang jadi pada kita kalau hidup bertuankan nafsu sampai anak sendiri pun nak 'dimakan'. Akibatnya anak-anak lari, hidup susah sebab tak ada orang yang hiraukan makan minum, sakit pening dan akhirnya mati pun orang tak tau. Malah apabila dah meninggal anak-anak masih belum hilang bencinya kepada si bapa.
Nasihat saya, jauhilah daripada buat benda-benda buruk macam ni. Satu lagi, apabila anak dah baligh, tidur asinglah antara anak lelaki dan anak perempuan. Anak tidur bilik lain, ibu dan bapa pula tidur bilik lain. Kalau tidur sekali, tak kira lelaki ke perempuan, memang tak
mustahil terjadi benda-benda macam ni. Maklum sajalah ... nafsu.
Mana ada orang yang tak buat jahat. Masa kecil lainlah, tapi apabila dah tua berubahlah. Banyakkanlah beribadat, betaubat, bukannya jadi makin ligat.
Sumber: Mastika
Hujan Wangi Iringi Pengebumian Mufti
Hujan Wangi Iringi Pengebumian Mufti
Diceritakan oleh Ustaz Abdullah Abdul Talib
MENUNTUT ilmu adalah wajib kepada setiap umat Islam, tak kira lelaki atau perempuan. Malah kita disuruh menuntut ilmu bukan saja masa sihat dan muda, tapi sampailah kita menghembuskan nafas terakhir. Dan apabila sudah berilmu, hendaklah kita amalkannya dengan bersungguh- sungguh.
Cerita yang hendak saya paparkan berkaitan dengan ilmu yang dituntut dan amalan daripada ilmu yang dituntut itu. Kisahnya ialah tentang kemuliaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang menuntut dan mengamalkan ilmu yang baik di sisi Islam.
Ia berlaku hampir 10 tahun lalu. Bagaimanapun saya tidak menguruskan jenazahnya, cuma menjadi saksi kepada kemuliaan yang Allah berikan kepada Allahyarham. Kebetulan pula Allahyarham ada hubungan keluarga dengan saya dan menjadi guru saya ketika belajar agama.
Allahyarham adalah bekas mufti dan meninggal dunia kerana sakit lelah. Ketika itu Allahyarham berumur dalam lingkungan 70-an. Selepas beberapa hari dirawat di hospital, pada suatu petang lebih kurang pukul 4.30, Allahyarham pun menghembuskan nafas terakhir. Maka jenazahnya dibawa balik ke kampungnya di Melaka.
Maha Suci Allah, apabila dibawa saja masuk ke dalam kereta jenazah untuk dihantar pulang ke rumahnya, terjadilah peristiwa pertama yang bagi saya merupakan salah satu petanda betapa Allah mengurniakan kemuliaan kepada Allahyarham, Petang itu, hari yang panas tiba-tiba saja menjadi mendung. Matahari yang sebelumnya terik tiba-tiba terus tak nampak. Awan gelap, mendung tapi tak hujan. Sampailah ke rumah Allahyarham, keadaan masih mendung.
Sampai di rumah, orang sudah berpusu-pusu menziarahinya. Masing-masing ingin menatap wajah
Allahyarham. Selepas segala persiapan dilakukan, jenazah Allahyarham diurus untuk dikebumikan.
Orang yang warak macam Allahyarham memang orang cukup suka menguruskan jenazahnya. Orang
berebut-rebut nak uruskan hinggakan saya sendiri tak dapat menguruskan jenazah Allahyarham. Kalau nak dikira, saya tentulah dapat peluang uruskan jenazahnya sebab saya ni bilal yang uruskan jenazah, murid dia lagi... tapi tak dapat. Bagi kami yang pernah menjadi muridnya
tentulah sedih tak dapat uruskan jenazah guru sendiri.
Selepas jenazah Allahyarham selesai disempurnakan, ia dibawa ke tanah perkuburan. Takdir Allah, berlaku satu lagi peristiwa yang memang pelik. Apabila jenazahnya diturunkan saja ke dalam kubur, tiba-iba hujan turun renyai-renyai. Sepanjang jenazahnya dikebumikan hujan terus turun. Tetapi anehnya, apabila siap saja upacara pengebumian, hujan serta-merta
berhenti. Cuaca mendung menjadi terang balik.
Allah itu Maha Agung. Hujan yang turun pada hari itu bukanlah hujan yang biasa. Ia mengeluarkan bau yang amat harum. Wanginya macam bau Hajarulaswad. Wallahuaklam... saya tak tau nak kata.
Bukan saya seorang yang terhidu haruman itu, malah siapa saja yang pergi menziarah memang terhidu bau wangi hujan itu. Yang menariknya lagi, keharuman hujan tadi kekal pada badan kami sehingga dua tiga hari lamanya.
Ada orang beritahu, dalam dua tiga hari selepas pengebumian Allahyarham, badannya masih berbau wangi. Pergi kedai, pergi ladang badan berpeluh-peluh tapi wangi tu masih terus ada.
Itulah kelebihan orang alim, yang menuntut ilmu dan mengamalkan ilmunya seperti yang dituntut oleh Islam, Sepanjang sejarah hidup saya, kejadian macam ni memang tak pernah berlaku. Itulah tanda kebesaran Allah dan mulianya orang yang menegakkan syariat-Nya.
Kalau kita kaji latar belakang Allahyarham, kita tahu, memang Allahyarham layak mendapat kemuliaan itu. Allahyarham ini seorang yang amat baik. Dia mengaji di pondok, kemudian ke Makkah, pernah tubuhkan sekolah agama. Saya juga diberitahu, Allahyarham berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh enam bulan sahaja.
Saya pernah menjadi anak murid Allahyarham. Sepanjang berguru dengannya, saya dapati Allahyarham ada banyak keistimewaan. Muka dia macam berubah-ubah. Hari ini kita lihat macam ni, hari esok lain, lusa lain. Ada cahaya, ada nur pada wajahnya. Manis, tampan, bersih. Kita yang tengok pun suka, seonok.
Semasa hidupnya, Allahyarham nampak macam lembik saja. Tapi walaupun nampak lembik, arwah ni
sangat tegas orangnya. Pendiriannya macam pepatah Melayu, anjak layu dicabut mati. Kalau dalam Islam kata haram, dia tetap akan kata haram. Dia akan tentang.
Macam dulu ada loteri, Allahyarham adalah antara orang yang paling kuat menentangnya. Tak ada sorong tarik. Bagi Allahyarham yang haram tetap haram, tak boleh jadi halal. Satu lagi, kalau Allahyarham tak suka dengan sesuatu yang orang cakap, dia terus pergi. Dia tak mahu dengar orang mengumpat, mengata dan memfitnah.
Kerana ketokohan dan ketegasannya itulah, Allahyarham terus diberi kepercayaan memegang
jawatan mufti sampai dia meninggal. Allahyarham ni juga walaupun dah tua tapi fikirannya masih baik. Saya diberitahu, kerana sayangkan Allahyarham sampai pernah Ketua Menteri Melaka pada masa itu berkata, selagi Allahyarham hidup, teruslah pegang jawatan itu.
Murid kesayangan, atau kita kata orang kanan Allahyarham adalah menantunya. Dia alim dan hafal al-Quran macam Allahyarham juga. Sebab Allahyarham ni warak, jadi yang jaga dia pun kenalah orang alim juga. Menantu dialah, bersama anak-anak Allahyarham, yang menjaganya semasa dirawat di hospital.
Orang alim memang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya pada Allah, walaupun ketika itu
mereka sedang sakit. Dalam keadaan terbaring pun Allahyarham tidak pernah sekalipun meninggalkan sembahyang. Malah sebelum masuk waktu lagi dia dah suruh orang ambilkan wuduk untuknya. Sampai hari Allahyarham meninggal dunia, ketika itu sudah hampir masuk waktu asar, Allahyarham menyuruh orang yang menjaganya mengambilkan dia air sembahyang. Selepas berwuduk, Allahyarham pun sembahyang. Kalau kita lihat, keadaannya seolah-olah Allahyarham tahu dia akan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Selesai saja sembahyang tidak lama kemudian Allahyarham pun kembali ke pangkuan Allah. Ketika itu wuduknya masih belum kering lagi. Begitulah hampirnya Allahyarham kepada Allah.
Bagaimana tegasnya dia mengamalkan kehendak Allah, macam itulah tegasnya dia menegakkan yang benar dan menentang yang mungkar.
Bagi kami yang pernah menjadi muridnya, kematian Allahyarham memang cukup dirasai. Kemuliaan yang Allah berikan kepadanya akan kami ingat sampai bila-bila. Agaknya kerana waraknya Allahyarham itulah maka ilmu yang diberikannya cukup lekat di hati kami.
Kita ni kalau menuntut ilmu, kita mesti beramal. Kerana berkatnya ilmu itu, mesti kita nampak guru kita tu masa kita beramal- Begitulah istimewanya Allahyarham di mata saya.
Sehingga sekarang apabila saya angkat saja tangan untuk takbir bagi memulakan sembahyang dan
kemudian masuk niat, saya mesti terbayangkan wajah Allahyarham, Setiap kali saya hadap tikar sembahyang seperti dia ada di sebelah. Apabila pegang tasbih, nampak muka arwah. Belum pernah satu hari pun saya terlupakan dia (menangis).
Apa yang terjadi semasa kematian dan pengebumian Allahyarham membawa banyak pengajaran. Semoga kita memahaminya dan kembali kepada Allah dalam husnul khatimah.
Sumber: Mastika
Subscribe to:
Posts (Atom)