Terima kasih pada anda yg sudi....

Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Untaian Salju



Biskut untaian salju... Alhamdulilah kejadianya yang tidak mengecewakan.....rasanya juga cukup sedap ,
menjadi kesukaan anak -anak dan boleh dijadikan salah satu senarai antara biskut  tanpa musim.Bila - bila masa boleh menikmatinya....







Saturday, January 21, 2012

Cornflakes WC......

Assalamualaikum semua...salam pagi minggu ,cuti bermula sudah.....best sangat ....ada lebih masa nak bercinta didapur....lepas buat kuih samada untuk oder,frozen atau pepagi letak kat gerai dan restoran kekawan...boleh masak untuk anak...boleh baking....(sebelum ni time tahap bz sesangat Nur masak nasi je..lauk beli kedai hihihi) best...best...Semalam Nur dah siap kudap -kudapan untuk dikunyak oleh anak2 daraku....dapat la 2 balang rasanya petang nanti dah habis.....

Resepinya....ala semua orang boleh buat.....cornflakes digaul dengan white chocolate compaun...dan hias dengan dark chocolate sekian.....

Monday, October 24, 2011

Biskut.....


 Mula buat biskut tempahan dari teman2 dan jiran untuk Raya Haji dan Depavali....
tq....

Tuesday, May 31, 2011

Biskut raya VS Gif door kenduri kahwin

Penat?penat juga ..... tapi aku teruja buat biskut raya.....untuk Pn latifah .Gif door kenduri kahwin .Alhamdulilah....terima kasih Pn latifah .Semoga hari menyambut menantu nanti berjalan dengan lancar.
80 pcs gifdoor bikut raya

biskut dahlia
biskut nestum
biskut ramylac

Thursday, January 20, 2011

Terima Kasih ...terharu atas kesudianmu....

biskut romylax dan chocolate nut
Salam semua...harap hari cuti ni sihat semua..bersantai-santai dengan ahli keluarga...sambil tenang -tenangkan fikiran. Biskut ni minggu lepas saya menuntut ilmu dengan seorang kenalan...makcik ni,umurnya lebih kurang 60 tahun keatas.. memang terer buat biskut- biskut  raya ...yang saya rasa sangat bersyukur dan terharu sangat ialah...makcik ni sanggup datang rumah saya untuk ajar saya buat biskut - biskut keluaranya(tanpa bayaran...terharunye).Alhamdulilah hujung minggu nanti makcik ni datang lagi kerumah saya,produk biskutnya lebih 20 jenis berlainan rasa dan bentuk.Saya berkongsi disini kerana rasa terima kasih saya padanya,sanggup luangkan masa untuk saya mempelajari semua ini.Dan kepada teman -teman di luar sana berminat nak oder atau merasai 'air tangan orang lama' boleh hubungi saya.

rasanya memang sedap...dan rangup

Monday, November 8, 2010

The best Chocolate chipsmall

     Assalamualaikum semua.... lama betul saya tak kemas 'rumah' ni ,bukan apa ada masalah sikit gan komputer ni.,My hubby outstation... hanya En.Hubby kita ni je yang buat bab-bab repair computer ni...sekarang Alhamdulilah semua dah ok.

Chipsmall ni saya buat semalam ,kiranya ini dah kali ketiga saya buat, baru kali ini sempat posing -posing sikit.Al maklum la ,anak-anak saya memang suka sangat.Banyak -banyak resepi yang saya cuba . Resepi ini memang the best.Resepi asal saya ambil kat sini


Banyak juga saya tokoh tambah bahan mengikut selera sendiri.

Resepinya

Bahan -bahan
  1. 1 cawan butter
  2. 1 cawan gula pasir
  3. 1 cawan gula perang
  4. 2 biji telur
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
  6. 2 cawan tepung serbaguna (saya pakai tepung biskut,dan 11/2 cawan tepung.1/2 lagi serbuk koko)
  7. 1 cawan oatmeal di kisar halus
  8. 1 sudu kecil b/ powder
  9. 1 1/2 cawan chocolate chips
  10. 1 cawan chopped almond
  11. 1 sudu besar pes capuccino
Cara -cara
  • Ayakkan tepung ,baking soda dan serbuk koko,ketepikan
  • butter,gula pasir ,gula perang di pukul hinggan gebu.
  • perlahankan kelajuan mesin adunan ,masukkan telur satu persatu.
  • kemudian masukkan tepung dan bahan yang diayak tadi,oatmeal,chocolate chips,chopped almond dan juga pes capucccino.gaul sebati.(saya masukkan sebentar dalam freezer supa tak lembik sangat)
  • bulatkan kecil -kecil atau boleh buat besar2 bergantung pada citarasa masing -masing .
  • boleh  bakar pada suhu 180'c selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing.

Friday, September 3, 2010

Crystal ball

Biskut Crystall Ball atau biskut arab ni lah kukis yang pertama saya buat.Memang sedap dan senang nak membuatnya...saya lupa ambil resepi di Blog mana,apa2 hal layan resepinya dulu...

  • 250gm tepung gandum
  • 125gm gula halus (ikut kesesuaian)
  • 200gm minyak sapi 
  • 100 gm serbuk badam(disagai )
  • 1sudu teh baking soda
  • 1sudu teh serbuk penaik
  • Pewarna merah, hijau dan kuning 
  • gula kaster

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung dengan gula hingga rata.
  2. Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh.
  3. Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
  4. Cubit sedikit drp setiap warna dan gentelkan bulat2.
  5. Bakar dalam oven.
  6. Setelah masak, golekkan dalam gula halus.

Saturday, August 7, 2010

Kerana mu Maria....

Dek kerana iklan cornflakes Cik Maria tu,hampir setiap hari anak2 saya meminta saya membuat biskut cornfllakes ni,hari ini ter tunai lah hasrat mereka...Dan bermula la mereka membuat aksi.....Satu untuk saya,dua untuk biskut,Dua untuk saya ,tiga untuk biskut..........

Resepinya saya main agak2 je....semua tahu buatkan....

Bahan-bahan

milo,mentega ,madu,
masukkan bahan diatas dalam kuali...biarkan semua sebati
Dan masukkan cornflakes,gaul rata,
masukkan dalam paper cup dan bakar sekejap dalam oven....



Percubaan yang berbaloi - baloi

Sedap mata memandang pelbagai tart kat blog kak wan kita tu...tekak pula terasa ingin nak makan....apalagi...bermula la program saya buat tart untuk kali pertama....percubaan yang tidak mengecewakan.Disini saya sertakan resepinya...atau boleh ke blog kak wan


Bahan Pastry Tart
60gm gula ising
250gm tepung gandum
125gm mentega sejuk di potong dadu
1 biji kuning telur
1 sudu besar air sejuk
1/2 sudu teh esen vanila/esen badam


Cara-cara
1.  Satukan gula ising dan tepung gandum.  Dengan menggunakan hujung jari, ramas mentega sejuk ke dalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur, esen vanila, gaul sebati di ikuti oleh air sejuk.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan selama 15-20 minit.  Ambil sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tart mini.  Trim lebihan dibahagian atasnya.
4.  Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.
5.  Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu kulit tart.



Cheese Filling
250gm cream cheese (suhu bilik)
50ml UHT whipping cream
60gm gula ising
60gm mentega
1 biji telur
1 sudu besar lemon jus jika suka

Filing  :  Blueberry, strawberry, kiwi, manggo
(Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :
1.  Pukul cream cheese bersama gula ising, mentega hingga sebati.  Masukkan telur dan whipping cream, putar sekejap hingga adunan sebati dan tidak berketul.  Masukkan ke dalam piping bag dan gunting sedikit muncungnya.
2.  Ambil kulit tart, pipekan sedikit  filling kesukaan di tengahnya dan picit adunan cheese menutupi filling.
3.  Untuk corak di atasnya, pipekan sedikit filling atau ambil sedikit cream cheese dan campur dengan sedikit pewarna, pipekan keatasnya kemudian lorek dengan corak kesukaan.
4.  Bakar sekejap selama 5-8 minit.  Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 2 atau 3 jam.