Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, June 24, 2011

Terima kasih kerana kesudian anda.....

Rutin harian ku yang tidah menentu membuatkan kekadang aku "terlupa untuk meng edit N3 setiap hari' kepada pengunjung terima kasih kerana sudi singgah ke blogku yang tak seberapa ini...
oder ini untuk satu program 'Kem Jati Diri' pada selasa 21/6/2011
100 biji karipap


 2 loyang talam keladi

Keikhlasan dari seorang teman....

Bersandarkan kepada sebuah kepercayaan....dan keikhlasan, melalui seorang teman yang begitu memahami....memberi tunjuk ajar dan teguran  yang membangun.....Alhamdulilah....hasil air tangan saya makin mendapat tempat dihati...kepada kak Tah....terima kasih , kamu sentiasa ku ingati...
talam pacar johor oder dari masjid khatijah

karipap pusing kentang 100 biji oder dari masjid khatijah

talam delima oder dari kak ita

talam keladi...oder dari kenalan kak ita

Tuesday, June 21, 2011

Jelly lembut ...kenyal- kenyal

Jelly perisa stobery n letak buah laici sy buat semalam....my hubby suka sangat ... lembut sangat..dan kenyal nak buat pun senang cuma rujuk kat sini....

Sunday, June 19, 2011

Serimuka Delima

Salam semua....kuih serimuka delima ni lama dah saya buat baru nak letak kat sini ,bzzzzz   punya hal....
Nampak cantik dimata sedap ditekak ....cubalah...

Resepinya.....

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • 1/2 cawan sago halus putih (direndam dengan pewarna merah dan toskan...
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat ,gaul pulut dengan sago tadi dan  tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur.(kalau tak suka telur tak perlu pun boleh)
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. masukkan pewarna kuning kacau atas dapur sehingga naik wap.
  3. tuang atas pulut tadi dan kukus selama 35 minit @hingga masak
  4. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik.
  5. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Friday, June 3, 2011

Kole kacang ...

2 loyang kole kacang ni di oder oleh Pakcik Latif....untuk majlis tahlil ....terima kasih...

Naik kereta kuda dekat Tasik Titiwangsa

Hari - hari  berlalu amat pantas...untuk mengisi masa terluang  waktu cuti sekolah ni aku bawa anak-anak berjalan -jalan kat Tasik Titiwangsa...tengok kuda ....naik keta kuda.....suka la hati anak- anak aku nih....
melayan kuda....

membelai -belai



murah je...untuk 2 dewasa 4 kanak- kanak

500 pcs frozen food

300 pcs karipap pusing
Alhamdulilah akhirnya selesai juga 500 biji frozen food dengan harga yang istimewa...3 jenis kuih. ,tertunai sudah ...hajat Cikgu Latifah... terima kasih..... semoga cikgu berpuashati.....
100 sosoj roll
100 donat.