Terima kasih pada anda yg sudi....

Sunday, December 21, 2014

membuatkan anda sentiasa merindui ke enakkanya



Alhamdulilah  rezeki yg tak putus ... syukur pada mu ya Allah
terima kasih kepada  coustemer yang sentiasa mengulangi oder anda
terima kasih teman dan sahabat yang sentiasa  menyokong produk saya









kek karemel VS aiskrim


Assalamualaikum   semua....
kek  karemel yang sentiasa mendapat tempat dihati
kalau makan sejuk - sejuk macam ais krim je...







Friday, September 19, 2014

New Produk Sugar Box

Alhamdulilah ... sekian lama menghilangkan diri. hari ini muncul dengan projek baru. mood baru... InSya Allah moga di bukakan jalan terbaik untuk saya melangkah lebih jauh dalam bidang yang saya minati.
kepada mereka yang berminat untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan atau apa2 majlis boleh hubungi saya untuk semua produk Homemade saya.

tq Allah , tq semua.....




sugar box

 









Friday, July 4, 2014

keberkatan ramadhan....

Assalamualaikum.....tahun ni slow sikit niaga .... masa yang bernilai untuk bersama anak-anak dengan memasak bersama2... untuk hari ini hanya oder untuk pn syidah....... terima kasih daun keladi .... nanti oder lagi.....







Tuesday, July 1, 2014

permulaan ramadhan yang berkat

 
Assalamualaikum.......
ramadhan bermula lagi untuk anda yang berminat bolehla oder dengan saya

 
 
 
 
 





Wednesday, May 21, 2014

Berita tertunda......


Assalamualaikum....
setelah sekian lama menyepikan dr update blog kesayangan ni...
bukan apa sekian lama juga kesibukan yang 'melampau'
untuk hari- hari  yang lepas kita jamu mata sahaja.....
oder dari teman- teman dan pelanggan yang setia dan tahu kesedapan produk halal kami.

KUIH TALAM & KUIH MUIH


 

 






KEK *& CUP CAKE




Monday, February 3, 2014

cheses tat vs cheses tat buah.












cheeses sekuk

Assalamualaikum.......
 cerita dua minggu yang lalu tq  semua

cis sekuk

dapat menikmati ke enakkan cis sekuk ni kena seloyang pun tak sedar semua masuk  perut.

apam bunga kembang


Monday, January 27, 2014

4 serangkai yang menggamit rasa....

 Alhamdulilah...Oder 4 serangkai yang sentiasa mendapat tempat dihati peminat kuih muih di Nur Tidz Homemade. Tq Ayu....


Talam keladi.....


Sardin roll yang pasti keranggupan yang tak terkata....

Seri muka yang menggamit rasa....

Talam cendol ... 

Wednesday, January 1, 2014

Roti Cheese yang gebu dan lazat......


 Assalaualaikum semua dan selamat tahun baru....permulaan yang baru,dengan semagat dan azam baru.... semoga segala impian dan azam tahun ini menjadi kenyataan.Permulaan di tahun baru ini dengan ROTI CHEESE yang lembut dan lazat.Resepi asal dari blog jintan manis.menggunakan doh asas untuk roti manis.


Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.


14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah.... 3 puteri kesayangan pinjama...