Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, December 31, 2010

Kek Span Capuccino

Salam pagi Jumaat semua...Di hari yang mulia ini harap anda semua diberkati Allah.Semalam saya buatkan kek span capuccino saja untuk makan-makan.Alang-alang  dah nak menyambut tahun baru ni, saya meraikan sekali sempena tahun baru 2011 .Harap dengan kedatangan tahun 2011 ni., Bermula dengan azam baru...semangat baru..dan tambah amalan  rohani kita supaya lebih mantap,teguh dan lebih bermakna disisi ALLAH.

Jom kita lihat resepi...


Resepi

125 gm tepung kek
15 gm ovalette
125 gm gula kastor
1 sudu pes capuccino
75 gm minyak masak
1 sudu teh serbuk penaik






cara -cara
  1. Ayakkan tepung dengan serbuk penaik.
  2. Satukan bahan diatas kecuali minyak masak dan gaul sebati dengan senduk supaya ovallete tidak berketul.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.dalam 10 minit.
  3. Tuangkan minyak masak dan gaul sebati
  4. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 8 inci.dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 'c hingga masak.
Selamat mencuba

Wednesday, December 29, 2010

Vanilla cake

 Tembahan kek batter vanilla ni dari Bos Masayu tempat suami saya bekerja, sempena meraikan kepada mereka yang menyambut cristmas.TQVM.

Sunday, December 26, 2010

Aiskrim bersama Mangkok Coklat

Salam hari minggu semua,petang2 begini apa kata kita minum petang dengan aiskrim bermangkok chocolate..
Anak -anak saya suka sangat.Ada kelainan dan bertambah la selera....dan bertambah juga la berat badanku.....

Resepinya

1.Chocolate masakan atau compound
2.belon

Cara -cara 
1.masakkan chocolate secara 'doubleboil 'celupkan bahagian bawah belon
2.sejukkan atau biarkan sehingga keras.
3.cucuk bahagian atas belon dengan jarum buang angin secara perlahan- perlahan.






mangkok coklat dan aiskrim.

Popia Goreng Cili

Salam pagi minggu  semua........ popia goreng cili ni saya buat semalam,boleh la untuk sarapan pagi ni.Buat sikit je, kat umah ni saya dengan anak yang bongsu je suka makan pedas -pedas sikit.Anak -anak yang lain ...alahai...jadi perut pantai timur..sikit pun tak boleh pedas....resepinya saya ambil dari seorang kawan yang tokeh kuih..

Resepinya
Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 15 keping kulit popia
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 cawan isi ayam
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 kiub ayam
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

  1. Hiris isi ayam nipis-nipis
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
  3. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
  4. Masukkan sedikit air
  5. Kemudian masukkan kiub ayam
  6. Masukkan serbuk lada sulah
  7. Masukkan sayur campur
  8. Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
  9. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
  10. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan 
Resipi Sambal
Bahan-bahan:
9-10 tangkai lada kering - rendam dgn air panas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 - 4 sudu gula pasir
sedikit bijan goreng
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
- Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Kemudian masuk bahan yang di kisar tadi. kacau hingga pekat menggunakan api perlahan.
- Masuk gula dan garam. bila bahan tumisan dah pecah minyak. dan pekat.
- Masuk kan popia goreng gaul hingga rata
- Angkat dan biarkan sejuk serta tabur sedikit bijan goreng.

p/s - pastikan sambal pekat dan agak kering baru masukkan popia goreng kalau tak nanti lemau..

Friday, December 24, 2010

baik nye BOS awak.....

Salam semua...kek ni  di tempah oleh BOS  Masayu iaitu Pn Furizat Yahya untuk meraikan birthday salah seorang kakitangan syarikatnya.Terima Kasih semoga anda berpuas hati....

Wednesday, December 22, 2010

Mari kita buat pizza mudah.

Salam semua ...ini lah  hasil 'keras' tangan kita semalam.PIZZA MUDAH. Menggunakan bahan2 yang senang dapat dan perkakas -perkakas yang sedia ada kat dapur.....mudah kan....

Jom kita tengok ape benda bahan yang senang dapat dan perkakas -perkakas yang sedia ada kat dapur...


Buat doh pizza (resepi kat blog mat gebu)

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

Kalau tak de dulang cantik macam mat gebu (gambar kat atas) pakai je tudung periuk...(hihihihi)
macam ni...



 ok la kan....






bahan -bahan
sosej, jejari ketam,fish cake,cheses mozzarella...(terpulang pada citarasa masing -masing ye nak letak apa...







isi ayam yang telah ditumis...








semua bahan- bahan tadi dipotong nipis dan ditabur....








dah siap
nak resepi lebih step by step ,cantik n GEBU sila la ke.....sini

Monday, December 20, 2010

Karipap pusing frozen..

Salam semua....semalam sibuk sangat berjalan - jalan gan anak2..pusing -pusing KL, sampai lupa nak tayang hasil kerja kita.Karipap pusing frozen inti kentang dioder oleh mertua kita sebanyak 100 biji.Terima kasih Mak lain kali oder lagi ye...
Dan kepada sesiapa yang berminat nak oder boleh call. Hanya kawasan Lembah Klang sahaja.Penghantaran FREE. Lain -lain produk Sosej Roll ,Donat ,Apam soda dan Apam beras.

Friday, December 17, 2010

Cerita pasal kuih....


 Salam semua....hari baru terasa hilang sikit penatnya... Selama dua hari saya hilang mood nak update blog kerana kepenatan ,siapkan oder untuk kantin Jusco Midvelly.Semuanye 600 biji ...terima kasih kepada kak Umie JJ, kerana promosi kan kuih saya pada bosnye...TQ.






apan gula hangus
Puteri Ayu
karipap pusing kentang
roti sosej

Wednesday, December 15, 2010

Salamat Hari Lahir Yang ke 8

Selamat Hari Lahir Yang Ke-8 ,Untuk kakak (Nur Syamimi Syamilah)


Semalam birthday anak saya yang pertama , Saya buatkan Mable Cheese kek ,dari dapur kak Ummi.



Tak nampak sangat mablenye....nak kena buat lagi nie....
resepi saya C &P je ye.....





 Bahan-bahan

- Bahan A 
  • 185gm butter
  • 1/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1 cwn tepung naik sendiri
  • 2 biji telur
- Bahan B
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 cwn fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:-
  1. Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
  2. Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
  3. Dalam bekas lain, pukul cheese ngan gula dan esen hingga sebati. Then masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli ngan adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser ngan butter. Kemudian lorekkan ngan lidi untuk hasilkan marble.
  5. Bakar hingga masak. Biarkan kek semalaman dahulu baru potong. Kek ni agak moist.

Monday, December 13, 2010

Pelbagai Roti


inti bluebery dan sardin.
  














Salam semua...pagi2 ni rasa macam terrr lebih rajin pulak...saya buatkan sarapan dengan pelbagai bentuk dan rasa roti dari doh yang sama.Resepinya saya ambil kat sini .Basic dohnye memang senang dan amat mudah lagi kalau pakai dengan MR BM. Rotinya lembut....tak rugi mencubanya ,dan saya letakkan lagi resepinya....

 BASIC DOUGH

* 380gm tepung high protein (tpg roti)
* 3 sudu besar susu tepung
* 80gm gula castor
* 3 sudu kecil yis segera
* 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
* 100ml air
* 100gm water roux
* 1/2 sudu kecil garam
* 30gm butter
* 30gm shortening


Cara-cara

  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
  1. utk water roux tu.. 2 sudu besar tepung campur dengan air biar jumlah kedua-duanya jadi 100g. Kemudian masuk dlm microwave. Panas selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau. Pehtu masuk semula ke dlm microwave.. panaskan lagi selama 15 saat. Bawa keluar dan kacau... siap.
  2. Semua bhn2 saya masuk terus ke dlm breadmaker. Bahan-bahan yang cair dulu dan diikuti dengan bahan-bahan kering.
roti siput
 Roti hotdog.

Sunday, December 12, 2010

Muffin Vanilla dan Sosej Roll





Salam pagi Ahad semua....pagi2 ni saya update kerja semalam...mengodek -godek segala perkakas kat dapur untuk oder last minit oleh kak Tah , dari jam 10 malam sampai la jam 3 pagi saya berhempas pulas kat dapur(macam la banyak sangat dapat oder) untuk sarapan jam 7 pagi.Kak Tah ni ahli AJK masjid ,untung saya berkawan dengan dia...kalau ada apa - apa program kat masjid...saya la diantara orang yang di hubungi untuk oder  kuih - muih.Oder kali ini untuk program Kem Bistari Remaja.100 biji muffin vanilla dan 100 roti goreng sosej.

muffin vanilla

roti goreng sosej

Saturday, December 11, 2010

Di pagi Sabtu yang penatttttt

Salam semua....penat sangat...tapi masukkkk...dari jam 4 pagi tadi lagi saya dok bersilat gan karipap pusing ,lenguh deh...150 biji je ...untuk Kem Bistari Remaja kat Masjid Al- Khadijah.Baru nak rehat jap ni ...jap lagi nak sambung buat ketayap pula.....100 biji








 
 Ni la rupa ketayap yang saya buat semalam....

Sunday, December 5, 2010

Cheese kek

Pagi hari minggu tadi sy buatkan cheese kek untuk anak-anak, walaupun badan rasa tak berapa sihat...nak jadi ibu mithali katakan...deko pun sy buat biasa2 je gan fresh cream.....buntu eeehhh  badan lemah rasa mau tidoooo je...resepi? macam yang lepas2 juga layannnn je lah gambar ni ye....







Saturday, December 4, 2010

Sarapan pagi dengan pizza

Salam semua...pagi hari minggu yang tenang ni saya buatkan pizza untuk sarapan pagi.Saya ni bukannye pandai sangat buat pizza main tabur je lah..Doh roti nya saya beli yang dah siap.Letakkan sos spaghetti taburkan sosej dan cendawan serta isi ayam.Dan jangan lupa yang melazatkan lagi pizza dan bau aromanya....CHEESEE...







Dah siap...Jom makan.....

14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah.... 3 puteri kesayangan pinjama...