Terima kasih pada anda yg sudi....

Tuesday, May 31, 2011

sedapppppppppppnye donat

Sedapnye donat kat kedai....semalam my hubby bawa balik donat ...sedap la pulakkkkkk....sesekali tekak aku ni makan donat orang lain buat....lain la pula rasanya ....aku ngap sampai 2 bijik ,rasa macan nak lagi....


sabarrrrrrr nanti kg berat badan bertambah

Biskut raya VS Gif door kenduri kahwin

Penat?penat juga ..... tapi aku teruja buat biskut raya.....untuk Pn latifah .Gif door kenduri kahwin .Alhamdulilah....terima kasih Pn latifah .Semoga hari menyambut menantu nanti berjalan dengan lancar.
80 pcs gifdoor bikut raya

biskut dahlia
biskut nestum
biskut ramylac

Sunday, May 29, 2011

Selamat pengantin baru.... IM dan MARD

Cupcake hantaran ni dioder oleh Pn.Latifah, untuk perkahwinan anaknya berlansung hari ini .... SELAMAT PENGANTIN BARU......semoga berbahagia ke anak cucu....

Saturday, May 21, 2011

Roses Chocolate ....

Sebakul bunga rose chocolate ni saya hadiah kan untuk cikgu Latifah sempena hari perkahwinan anak beliau.... semoga beliau berpuashati dengan pemberian ikhlas ini.


50 pcs chocolate love ni cikgu Latifah tempah... terima kasih....

Friday, May 20, 2011

donat frozen

Donat ni 3 hari lepas saya buat, tempahan dari Cikgu Latifah.baru siap 50 biji masih lagi berbaki 50 biji.Malam minggu nanti mesti siapkan semua.Lepas tu frozen kan....hujung bulan nanti donat -donat ni akan terbang ke perak.....

Kuih talam untuk mertua ku

Assalamualikum semua....pengukus trio inilah hadiah my hubby sempena hari lahir saya minggu lepas.dan hari ini saya buat kan kuih talam berinti untuk ibu mertua saya,walau pun ada sedikit kesilapan pengguna bahan - bahan dalam menbuat kuih talam ni (lain kali kena lebih berhati-hati tengok resepi) ,rasanya masih sedap ...kata ibu mertua saya..... rasa bertambah rajin sikit nak buat kuih talam dengan sedikit ilmu yang ku perolehi dari chef Asma.....tak rugi mempelajarinya...

Wednesday, May 18, 2011

Macam- macam KUIH TALAM

Semalam tercapai sudah hajat untuk mempelajari ilmu kuih talam ...memang rasa berbaloi-baloi sangat ,penat seharian bersama chef Asma..balik malam tu terus aku pengsan....fuhhhh memang best sampai termimpi -mimpi. kepada my hubby terima kasih banyak- banyak.....menghadiahkan saya ke kelas kuih talam dan pengukus trio.lain kali la tempek gambar pengukus tu dalam kotak lagi....

Sunday, May 15, 2011

Pizza tuna


 Assalamualaikum semua ,hari minggu saya saya tak kemana -mana ...rasa badan pun tak berapa nak sihat ,kekadang situasi cuaca membuatkan saya kurang selesa dan senang diserang asma.tapi apa pun dalam apa jua situasi dapur mesti berasap atas permintaan anak -anak...untuk hari minggu ni  saya buatkan anak-anak pizza tuna. untuk doh saya ambil dari dapur CMG.
resepinya

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

manakala untuk isi saya taburkan sosej dan tuna dalam tin.ok siap untuk berjamu selera....

Saturday, May 14, 2011

Bertambah lagi satu angka.....


Alhamdulilah hari ini genap sudah umurku yang ke.....
bertambah lagi satu angka .Alhamdulilah dalam  meniti masa ,kesibukan menguruskan keluarga saya bersyukur diberi kesihatan untuk menikmati segala KURNIAANYA dengan penuh kesyukuran....

Tanpa kek ,tanpa makan2 untuk meraikanya tapi saya suka sangat dengan hadiah ini dari my hubby menunggu masa untuk mengambilnya . Terima kasih Abang ...saya rasa teruja sangat untuk menunggu harinya....

Tuesday, May 3, 2011

Makan malam gan waffle




Malam... ni malas betul nak masak.Makan je waffle gan anak -anak .Resepi amat senang ambik kat my resepi...masa panas -panas terasa kerangupannye....







Bahan-bahan

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam

Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.