Terima kasih pada anda yg sudi....

Thursday, September 30, 2010

Terkenang di zaman kanak -kanak

Pulut kukus dan serunding daging.Makanan ni sebenarnya mambuatkan saya terkenang di zaman kanak -kanak dalam tahun 80an .Pagi tadi KL hujan, kalau kat kampung zaman 80 an dulu musim tengkujuh kita pagi -pagi menunya pulut dengan kelapa,ubi kayu, keledek ,ubi keling yang direbus dan cicah kelapa parut di gaul dengan sedikit garam dan juga ikan kering goreng,eeemmmm terasa lazatnya makan kampung ni (teringin nak melalui lagi nostalgia dulu-dulu).Pulut dengan serunding daging ni dah kira moden la.

Resepinya

2 cawan pulut
2 cawan air atau air sama paras dengan pulut
sedikit garam

cara-cara

Basuh pulut hingga bersih dan toskan
Masukkkan garam dan air,kukus hingga masak

Serunding daging tu saya beli yang dah siap.

No comments:

Post a Comment

14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah.... 3 puteri kesayangan pinjama...