Recent Posts

Sunday, September 26, 2010

Bihun Goreng Vegetarian

Hari ini jam 3 pagi saya dah bangun bersilat dengan periuk belanga  menyiapkan bihun gereng vegetarian untuk sarapan ofis my hubby.Penat oooo mana penah saya buat untuk 50 orang makan.Lenguh2 badan dibuatnya....pengalamannnn...dan dengan pakarnya saya ubah la bihun singapore jadi bihun vegetarian,kebanyakkan mereka yang nak menjamu selera ni adalah vegetarian.

Resepi Buhun Vegetarian
1 bungkus bihun ( di rendam )
1 pokok daun bawang dan daun sup
3 batang sawi
6 – 10 biji cili padi ( di blender halus )
sepotong kobis ( potong kecil)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam (serbuk)
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan
1. Masukkan minyak tumis bawang  hingga wangi dan masukan sedikit air.
2. Bila bahan tumis agak garing masukkan lada hitam ,cili padi dan garam. Kacau hingga sebati dan hingga bihun lembut.
3. Akhir  sekali masukkan kubis dan sawi.Sesuaikan rasa dan hiaslah dengan taburan daun sup dan daun bawang.

Tambahan untuk yang tidak vegetarian adalah telur dadar.

1 comment:

  1. Akak...nk tanya... Kalau nk goreng bihun untuk 50 org berapa bgkus bihun kak?

    ReplyDelete