Terima kasih pada anda yg sudi....

Thursday, September 23, 2010

Kek keju untuk MAMA


Kek keju ni saya buat untuk mama sempena balik raya hari tu...mama makan sikit yang banyak menghabiskanya ni...dia.....memang si comel ni suka sangat ....

Aidil.

Resepinya 

 Bahan A
250 gm krim keju 
150 gm yogurt perisa asli 
100 ml susu segar
70 gm gula kastor
50 gm mentega
1 sudu teh pes lemon 
80 gm tepung kek-ayak
6 biji kuning telur grad A

Bahan B
70 gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar

Cara-caranya
1.Sediakan loyang kek berukuran 9 inci atau 10 inci. Lapik dengan kertas serap minyak
2.Masukkan krim keju, mentega,gula kastor dan susu segar kedalam periuk.Cairkan dengan cara double - boiler.kacau hingga pekat
3.Kemudian masukkan kuning telur,pes lemon,dan yourt.Kacau hingga sebati dan sejukkan
4.Satukan bahan (B) kedalam mangkok adunan dan pukul hingga kental dan gebu selama 10 minit.
5.Tuangkan adunan keju kedalam mangkok besar .Masukkan  tepung kek dan gaul hingga sebati.
6.Kemudian masukkan adunan (B) gaul perlahan hingga sebati.
7.tuang adunan kedalam acuan dan dibakar secara stim-bake.150'c selama 1 1/2 jam.bergantung pada jenis oven masing-masing.



No comments:

Post a Comment