Terima kasih pada anda yg sudi....

Thursday, September 9, 2010

Kek untuk BOS

Salam semua 3 hari tak update...bukan bz,bukan tak cukup masa .Time2 nak raya ni,aduhhh intenet nye buat hal...Projek kek ni hari selasa yang lepas untuk diberikan pada bos tempat keja suami saya, Pemberian ikhlas dari kami sekeluarga....sempena Aidilfitri yang akan tiba nanti.


Kek Mentega

250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur gredB
220 tepung kek
30 gm air susu (susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik

cara membuatnya

1. Sediakan tin pembakar bulat 8 inci dan griskan dengan mentega.Lapik kertas serap minyak
2.Satukan mentega dan gula kastor,putar hingga kembang dan putih
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putar hingga sebati
4.Ayak tepung dan serbuk penaik.Masukkan kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit berselang seli dengan air susu.Gaul sebati.
5.Bakar selama 1 jam dalam suhu 180 darjah celcius.

selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment