Pulut kukus dan serunding daging.Makanan ni sebenarnya mambuatkan saya terkenang di zaman kanak -kanak dalam tahun 80an .Pagi tadi KL hujan, kalau kat kampung zaman 80 an dulu musim tengkujuh kita pagi -pagi menunya pulut dengan kelapa,ubi kayu, keledek ,ubi keling yang direbus dan cicah kelapa parut di gaul dengan sedikit garam dan juga ikan kering goreng,eeemmmm terasa lazatnya makan kampung ni (teringin nak melalui lagi nostalgia dulu-dulu).Pulut dengan serunding daging ni dah kira moden la.
Resepinya
2 cawan pulut
2 cawan air atau air sama paras dengan pulut
sedikit garam
cara-cara
Basuh pulut hingga bersih dan toskan
Masukkkan garam dan air,kukus hingga masak
Serunding daging tu saya beli yang dah siap.
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Nasi Goreng Ikan Bilis
Hari ni menu utama Nasi Goreng Ikan Bilis. Senang , ringkas dan sedap.
(Hari minggu kan sibuk gan open house boleh la makan pelbagai makanan.)
Resepi
4 cawan nasi putih sejuk (diperoi)
2 sudu makan minyak masak
1 gengam ikan bilis di goreng garing.
1 kiub pati ayam / bilis
1 sudu kecil serbuk lada putih.
5 biji cili padi (tumbok halus)
4 ulas bawang putih (tumbuk halus)
cara - cara
* Panaskan kuali masukkan minyak.tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
*Masukkan kiub pati ayam atau bilis, masukkan nasi gaul rata.
*kemudian serbuk lada sulah , ikan bilis goreng,garam dan sesuaikan rasa...
* boleh la hias ikut kreativiti masing -masing untuk menambahkan selera.
(Hari minggu kan sibuk gan open house boleh la makan pelbagai makanan.)
Resepi
4 cawan nasi putih sejuk (diperoi)
2 sudu makan minyak masak
1 gengam ikan bilis di goreng garing.
1 kiub pati ayam / bilis
1 sudu kecil serbuk lada putih.
5 biji cili padi (tumbok halus)
4 ulas bawang putih (tumbuk halus)
cara - cara
* Panaskan kuali masukkan minyak.tumis bahan tumbuk hingga garing dan wangi.
*Masukkan kiub pati ayam atau bilis, masukkan nasi gaul rata.
*kemudian serbuk lada sulah , ikan bilis goreng,garam dan sesuaikan rasa...
* boleh la hias ikut kreativiti masing -masing untuk menambahkan selera.
Sunday, September 26, 2010
Bihun Goreng Vegetarian
Hari ini jam 3 pagi saya dah bangun bersilat dengan periuk belanga menyiapkan bihun gereng vegetarian untuk sarapan ofis my hubby.Penat oooo mana penah saya buat untuk 50 orang makan.Lenguh2 badan dibuatnya....pengalamannnn...dan dengan pakarnya saya ubah la bihun singapore jadi bihun vegetarian,kebanyakkan mereka yang nak menjamu selera ni adalah vegetarian.
Resepi Buhun Vegetarian
1 bungkus bihun ( di rendam )
1 pokok daun bawang dan daun sup
3 batang sawi
6 – 10 biji cili padi ( di blender halus )
sepotong kobis ( potong kecil)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam (serbuk)
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)
Cara penyediaan
1. Masukkan minyak tumis bawang hingga wangi dan masukan sedikit air.
2. Bila bahan tumis agak garing masukkan lada hitam ,cili padi dan garam. Kacau hingga sebati dan hingga bihun lembut.
3. Akhir sekali masukkan kubis dan sawi.Sesuaikan rasa dan hiaslah dengan taburan daun sup dan daun bawang.
Tambahan untuk yang tidak vegetarian adalah telur dadar.
Resepi Buhun Vegetarian
1 bungkus bihun ( di rendam )
1 pokok daun bawang dan daun sup
3 batang sawi
6 – 10 biji cili padi ( di blender halus )
sepotong kobis ( potong kecil)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam (serbuk)
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)
Cara penyediaan
1. Masukkan minyak tumis bawang hingga wangi dan masukan sedikit air.
2. Bila bahan tumis agak garing masukkan lada hitam ,cili padi dan garam. Kacau hingga sebati dan hingga bihun lembut.
3. Akhir sekali masukkan kubis dan sawi.Sesuaikan rasa dan hiaslah dengan taburan daun sup dan daun bawang.
Tambahan untuk yang tidak vegetarian adalah telur dadar.
Majlis Hari Raya Untuk Para Guru
Dihari yang sama juga persatuan ibubapa mengadakan Rumah terbuka untuk para cikgu -cikgu semantara yang tak berkira masa, tenaga dan wang datang mengajar anak-anak kami secara sukarela.sebahagian mereka ini adalah pelajar dari salah sebuah kolej swasta di kl ni.
Sebahagian dari cikgu -cikgu yang sukarela mengajar anak - anak kami.Terima kasih cikgu.
Kami para ibubapa sepakat bersama-sama membawa juadah untuk majlis tersebut,bagi menghargai para guru yang tidak berkira dengan jasa mereka mendidik anak-anak kami.Saya buatkan sebiji kek dan juga cup kek dan nasi impik.
Rumah terbuka di Tabika Kemas PPR Sri Pantai
Semalam (Sabtu) Tabika kemas anak saya mengadakan rumah terbuka.Seronok tengok telatah anak -anak seronok dengan suasana tayang menayang baju raya masing -masing.Anak-anak biasa la.... hilang tension tengok galagak mereka yang menghiburkan.Saya buatkan sebijik kek coklat mois dan cup kek.
Thursday, September 23, 2010
Kek keju untuk MAMA
Kek keju ni saya buat untuk mama sempena balik raya hari tu...mama makan sikit yang banyak menghabiskanya ni...dia.....memang si comel ni suka sangat ....
Aidil.
Resepinya
Bahan A
250 gm krim keju
150 gm yogurt perisa asli
100 ml susu segar
70 gm gula kastor
50 gm mentega
1 sudu teh pes lemon
80 gm tepung kek-ayak
6 biji kuning telur grad A
Bahan B
70 gm gula kastor
6 biji putih telur
1/4 sudu teh krim tartar
Cara-caranya
1.Sediakan loyang kek berukuran 9 inci atau 10 inci. Lapik dengan kertas serap minyak
2.Masukkan krim keju, mentega,gula kastor dan susu segar kedalam periuk.Cairkan dengan cara double - boiler.kacau hingga pekat
3.Kemudian masukkan kuning telur,pes lemon,dan yourt.Kacau hingga sebati dan sejukkan
4.Satukan bahan (B) kedalam mangkok adunan dan pukul hingga kental dan gebu selama 10 minit.
5.Tuangkan adunan keju kedalam mangkok besar .Masukkan tepung kek dan gaul hingga sebati.
6.Kemudian masukkan adunan (B) gaul perlahan hingga sebati.
7.tuang adunan kedalam acuan dan dibakar secara stim-bake.150'c selama 1 1/2 jam.bergantung pada jenis oven masing-masing.
Berziarah Dirumah Pak Uchu
Dari Besut,Terengganu kami mula bertolah balik ke KL pada tengah malam raya ke-2(Sabtu).Perjalanan yang jauh amat meletihkan.Sampai di Termeloh (ahad pagi) kami singgah rumah Wan dan beraya dirumah Pak Uchu dan Mak Uchu.Selama hidup saya, saya memang tak suka makan ikan sungai,tapi hari tu masa beraya dirumah Mak Uchu ,3x tambah nasi sedap betul ikan patin sungai pahang ni.Gulai lemak ikan patin,tempoyak ,pekasam....uishhhh sedap betul..
ishhhh tak sabar nak rasa gulai lemak ikan patin ni....
Berselera nampak Pak Uchu kita ni.
Kenangan di Pagi Raya 2010
kakak ,adik ,bby, Pakcik Ise n ayah....Umie? tukang tangkap gambar.
Pasangan Chek Ngah dan anaknya Sara
Sesi membahagi duit raya
Kaum ibu dan bapa juga tidak ketinggalan ...
Terima kasih Pakcik Ise moga bisnes makin maju dan murah rezeki...Amin.
Pasangan Chek Ngah dan anaknya Sara
Sesi membahagi duit raya
Kaum ibu dan bapa juga tidak ketinggalan ...
Terima kasih Pakcik Ise moga bisnes makin maju dan murah rezeki...Amin.
Wednesday, September 22, 2010
Pantai Mangkok Setiu dihari Raya ke-2
Salam semua...Selamat Hari Raya.Lama betul saya tak kemaskini blog,diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan.Setelah dua tahun saya tidak beraya di kampung raya kali ini terasa amat bermakna sekali...melihat mama gembira dengan telatah cucu - cucu nya,keriuhan kami adik beradik yang dapat berkumpul dan perkelahan kali ini yang begitu bermakna bagi saya...walaupun perkelahan ini tidak dirancang....
Thursday, September 9, 2010
Kek untuk BOS
Salam semua 3 hari tak update...bukan bz,bukan tak cukup masa .Time2 nak raya ni,aduhhh intenet nye buat hal...Projek kek ni hari selasa yang lepas untuk diberikan pada bos tempat keja suami saya, Pemberian ikhlas dari kami sekeluarga....sempena Aidilfitri yang akan tiba nanti.
Kek Mentega
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur gredB
220 tepung kek
30 gm air susu (susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
cara membuatnya
1. Sediakan tin pembakar bulat 8 inci dan griskan dengan mentega.Lapik kertas serap minyak
2.Satukan mentega dan gula kastor,putar hingga kembang dan putih
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putar hingga sebati
4.Ayak tepung dan serbuk penaik.Masukkan kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit berselang seli dengan air susu.Gaul sebati.
5.Bakar selama 1 jam dalam suhu 180 darjah celcius.
selamat mencuba.
Kek Mentega
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur gredB
220 tepung kek
30 gm air susu (susu segar)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
cara membuatnya
1. Sediakan tin pembakar bulat 8 inci dan griskan dengan mentega.Lapik kertas serap minyak
2.Satukan mentega dan gula kastor,putar hingga kembang dan putih
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil putar hingga sebati
4.Ayak tepung dan serbuk penaik.Masukkan kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit berselang seli dengan air susu.Gaul sebati.
5.Bakar selama 1 jam dalam suhu 180 darjah celcius.
selamat mencuba.
Sunday, September 5, 2010
Shopping Free
Semalam (Sabtu) dapat shopping free yang dianjurkan oleh salah satu badan kerajaan...di Gaint Kinkara.
Saya bersama Erin Wong, Noelle Tan dan Norhasyimah.
Terima Kasih kepada mereka yang menganjurkan program ni....
Biskut Cornflakes
Biskut Cornflakes ni projek kukis saya hari Jumaat yang lepas.Resepi saya ambil dari dapur Kak Ummi tapi ada bahan yang tak sama sebab anak saya tak berapa gemar....jom kita lihat apa perubahannya...
(maaf Kak Ummi saya dah ubah resepinya ye...)
Bahan:-
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
2/3 cawan kismis hitam (saya ganti dengan chipsmall)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1/4 tepung jagung (tambahan saya)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.
walaupun ada perubahan sedikit pada kukis ni,rasanya tidak mengecewakan...
Friday, September 3, 2010
Crystal ball
Biskut Crystall Ball atau biskut arab ni lah kukis yang pertama saya buat.Memang sedap dan senang nak membuatnya...saya lupa ambil resepi di Blog mana,apa2 hal layan resepinya dulu...
- 250gm tepung gandum
- 125gm gula halus (ikut kesesuaian)
- 200gm minyak sapi
- 100 gm serbuk badam(disagai )
- 1sudu teh baking soda
- 1sudu teh serbuk penaik
- Pewarna merah, hijau dan kuning
- gula kaster
Cara-cara
- Gaulkan tepung dengan gula hingga rata.
- Uli adunan dengan minyak sapi hingga menjadi doh.
- Bahagi kepada 3 bahagian dan warnakan.
- Cubit sedikit drp setiap warna dan gentelkan bulat2.
- Bakar dalam oven.
- Setelah masak, golekkan dalam gula halus.
Thursday, September 2, 2010
Menu bersahur dan pemakanan tambahan
Selera untuk bersahur makin hari dah rasa makin kurang..malas nak bangun.Tapi dek kerana anak sulung saya tu...tahun ni alhamdulilah,dari awal ramadhan hingga hari ini baru 3 hari tak puasa.Ok la tu dalam keadaan dia yang selalu tak berapa sihat dan selalu alahan dapat juga menunaikan ibadat puasa.
Kami sekeluarga biasa mengambil makanan tambahan untuk imuniti badan.Macam anak saya yang alahan dari kecil lagi semenjak mengamalkan produk MAS AYU badan dia bertambah sihat dan ketahanan untuk dijangkiti penyakit berkurangan.
Anda bagaimana? tak rugi untuk mencubanya.
Bersahur tadi hanya Mee Indonesia je...makanan lain dah rasa tak berselera nak telan....
Wednesday, September 1, 2010
Last oder
Semalam 31 ogos, saya buat oder yang terakhir untuk masjid Al-khadijah sempena Anjuran majlis pengagihan sumbangan sempena Aidilfitri kepada ibu tunggal ,fakir miskin dan anak yatim..
Pau sambal yang dioder sebanyak 500 biji.Terima kasih kepada mereka yang terlibat terutama Kak Tah dan ahli-ahli Ajk masjid.Selamat menyambut Aidilfitri.
Pau sambal yang dioder sebanyak 500 biji.Terima kasih kepada mereka yang terlibat terutama Kak Tah dan ahli-ahli Ajk masjid.Selamat menyambut Aidilfitri.
Subscribe to:
Posts (Atom)