Terima kasih pada anda yg sudi....

Thursday, July 14, 2011

Serimuka....

Serimuka ni semalam saya buat....saja tukar2 warna....resepi asal ambil dari blog kak yati C nP ja ya kak yati ...malas tul nak taip......hi3 mintak halal ye...

Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

2 comments:

  1. eh!menarik betul la bila tukar warna begini..boleh buat jugak nanti..:)

    ReplyDelete