Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, December 31, 2010

Kek Span Capuccino

Salam pagi Jumaat semua...Di hari yang mulia ini harap anda semua diberkati Allah.Semalam saya buatkan kek span capuccino saja untuk makan-makan.Alang-alang  dah nak menyambut tahun baru ni, saya meraikan sekali sempena tahun baru 2011 .Harap dengan kedatangan tahun 2011 ni., Bermula dengan azam baru...semangat baru..dan tambah amalan  rohani kita supaya lebih mantap,teguh dan lebih bermakna disisi ALLAH.

Jom kita lihat resepi...


Resepi

125 gm tepung kek
15 gm ovalette
125 gm gula kastor
1 sudu pes capuccino
75 gm minyak masak
1 sudu teh serbuk penaik






cara -cara
  1. Ayakkan tepung dengan serbuk penaik.
  2. Satukan bahan diatas kecuali minyak masak dan gaul sebati dengan senduk supaya ovallete tidak berketul.Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.dalam 10 minit.
  3. Tuangkan minyak masak dan gaul sebati
  4. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 8 inci.dan bakar selama 45 minit pada suhu 180 'c hingga masak.
Selamat mencuba

1 comment: