Terima kasih pada anda yg sudi....

Sunday, December 26, 2010

Popia Goreng Cili

Salam pagi minggu  semua........ popia goreng cili ni saya buat semalam,boleh la untuk sarapan pagi ni.Buat sikit je, kat umah ni saya dengan anak yang bongsu je suka makan pedas -pedas sikit.Anak -anak yang lain ...alahai...jadi perut pantai timur..sikit pun tak boleh pedas....resepinya saya ambil dari seorang kawan yang tokeh kuih..

Resepinya
Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 15 keping kulit popia
  • 1 cawan sayur campur
  • 1 cawan isi ayam
  • 1/2 bawang besar dipotong dadu
  • 1/2 kiub ayam
  • minyak untuk menumis dan menggoreng
  • sedikit air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara-cara

  1. Hiris isi ayam nipis-nipis
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
  3. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak
  4. Masukkan sedikit air
  5. Kemudian masukkan kiub ayam
  6. Masukkan serbuk lada sulah
  7. Masukkan sayur campur
  8. Goreng lagi dalam 2-3 minit atau sehingga air kering
  9. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
  10. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan 
Resipi Sambal
Bahan-bahan:
9-10 tangkai lada kering - rendam dgn air panas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 - 4 sudu gula pasir
sedikit bijan goreng
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
- Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Kemudian masuk bahan yang di kisar tadi. kacau hingga pekat menggunakan api perlahan.
- Masuk gula dan garam. bila bahan tumisan dah pecah minyak. dan pekat.
- Masuk kan popia goreng gaul hingga rata
- Angkat dan biarkan sejuk serta tabur sedikit bijan goreng.

p/s - pastikan sambal pekat dan agak kering baru masukkan popia goreng kalau tak nanti lemau..

No comments:

Post a Comment

14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah.... 3 puteri kesayangan pinjama...