Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, July 29, 2011

Cerita -ceriti part 2

Gambar-gambar... ni kelas karipap pusing lak....masing -masing semua ada potensi  jadi tokeh kuih.....hehehe...
gelek dek jangan tak gelek...

cikgu pun tak lepaskan peluang tunjuk bakat...

cantikkkk





Cerita -ceriti part 1

sebahagian pelajar...sedang SEMAGAT menyalin nota.



 Kisah ni ..berlaku pada minggu yang sudah..di SEKOLAH MENENGAH PANTAI  DALAM...aku hampir lupa nak letak n3.tiap - tiap hari aku nak update memang la ....timbul segala macam hal.....hehehe...layan....gambar je lah...
elok elok ye dik oiii...

oven tua aku yang banyak berjasa

anak- anak manis...







































bersama cuppis yang dihasilkan....
hasilnya....
 Seronok aku tengok student2 yang begitu teruja belajar mendeko...walaupun pertama kali...dan simple deko..sekurangnye mereka dah tahu membuat cup cake.
hasil keras tangan student...

Monday, July 18, 2011

kelas cake dan cup cake...

Alhamdululah ...semalam ,Ahad 17/7/2011 selesai sudah kelas cup cake dan chocolate cake untuk sesi sebelum bulan Ramadhan .Kelas kali ini bertambah lagi pesertanya....cukup enjoy..




Semua peserta tak sabar untuk menghias cup cake...deko cik kak oi...jangan tak deko....








hasil dari peserta

sweet ....

























doa selamat ...tak sempat nak tulis....apa2 atas kek tu...
Di hari kami dok baking kek ,ber kebetulan hari lahir Ustaz .... salah seorang kaki tangan Masjid Al-Khadijah.Jadi kira rezeki dia,dapat potong kek dan ramai2 mendoakan kesejehteraan beliau....

Thursday, July 14, 2011

Serimuka....

Serimuka ni semalam saya buat....saja tukar2 warna....resepi asal ambil dari blog kak yati C nP ja ya kak yati ...malas tul nak taip......hi3 mintak halal ye...

Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
**Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

Kelas membuat donat berhias di Sekolah Menengah Pantai

Pada 5/7/11 saya dijemput oleh guru dari sekolah Men.Pantai untuk mengajar para pelajar yang mengambil subjek SRT (kalau tak silap le..) resepinye simple je buat donat berhias....seronok dan enjoy bersama anak2 manis ni...



bila time menguli aku juga yang kena ...semua sayang tangan kot melumuih gan tepung
gentel bulat2 ye....
donat tengah berendam
cikgu juga tak melepaskan peluang menghias donat

donat yg siap dihias

Tuesday, July 12, 2011

Bermula dari sini aku mengorak langkah.....

 Bermula dari sini aku mengorak langkah...semoga segala usaha ini diberkati ILAHI dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan....
Alhamdulilah hari minggu yang lepas 10/7/2011 selesai sudah 'kelas coklat  pertama, saya kelolakan' dibawah naungan  kesatuan penduduk dan ibu tunggal .

hasil tangan dari peserta
Disebab kan ..kebizian...terlampau sibuk dengan soalan2 dari peserta aku lupa nak tangkap gambo...yang sempat ambik pun sekeping 2 je...itu pun tak berapa clear...al maklum je lah....kemera henpon...

sebahagian dari peserta....

Friday, June 24, 2011

Terima kasih kerana kesudian anda.....

Rutin harian ku yang tidah menentu membuatkan kekadang aku "terlupa untuk meng edit N3 setiap hari' kepada pengunjung terima kasih kerana sudi singgah ke blogku yang tak seberapa ini...
oder ini untuk satu program 'Kem Jati Diri' pada selasa 21/6/2011
100 biji karipap


 2 loyang talam keladi

Keikhlasan dari seorang teman....

Bersandarkan kepada sebuah kepercayaan....dan keikhlasan, melalui seorang teman yang begitu memahami....memberi tunjuk ajar dan teguran  yang membangun.....Alhamdulilah....hasil air tangan saya makin mendapat tempat dihati...kepada kak Tah....terima kasih , kamu sentiasa ku ingati...
talam pacar johor oder dari masjid khatijah

karipap pusing kentang 100 biji oder dari masjid khatijah

talam delima oder dari kak ita

talam keladi...oder dari kenalan kak ita

Tuesday, June 21, 2011

Jelly lembut ...kenyal- kenyal

Jelly perisa stobery n letak buah laici sy buat semalam....my hubby suka sangat ... lembut sangat..dan kenyal nak buat pun senang cuma rujuk kat sini....

Sunday, June 19, 2011

Serimuka Delima

Salam semua....kuih serimuka delima ni lama dah saya buat baru nak letak kat sini ,bzzzzz   punya hal....
Nampak cantik dimata sedap ditekak ....cubalah...

Resepinya.....

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • 1/2 cawan sago halus putih (direndam dengan pewarna merah dan toskan...
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat ,gaul pulut dengan sago tadi dan  tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur.(kalau tak suka telur tak perlu pun boleh)
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. masukkan pewarna kuning kacau atas dapur sehingga naik wap.
  3. tuang atas pulut tadi dan kukus selama 35 minit @hingga masak
  4. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik.
  5. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Friday, June 3, 2011

Kole kacang ...

2 loyang kole kacang ni di oder oleh Pakcik Latif....untuk majlis tahlil ....terima kasih...

Naik kereta kuda dekat Tasik Titiwangsa

Hari - hari  berlalu amat pantas...untuk mengisi masa terluang  waktu cuti sekolah ni aku bawa anak-anak berjalan -jalan kat Tasik Titiwangsa...tengok kuda ....naik keta kuda.....suka la hati anak- anak aku nih....
melayan kuda....

membelai -belai



murah je...untuk 2 dewasa 4 kanak- kanak

500 pcs frozen food

300 pcs karipap pusing
Alhamdulilah akhirnya selesai juga 500 biji frozen food dengan harga yang istimewa...3 jenis kuih. ,tertunai sudah ...hajat Cikgu Latifah... terima kasih..... semoga cikgu berpuashati.....
100 sosoj roll
100 donat.