Recent Posts

Sunday, June 19, 2011

Serimuka Delima

Salam semua....kuih serimuka delima ni lama dah saya buat baru nak letak kat sini ,bzzzzz   punya hal....
Nampak cantik dimata sedap ditekak ....cubalah...

Resepinya.....

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • 1/2 cawan sago halus putih (direndam dengan pewarna merah dan toskan...
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat ,gaul pulut dengan sago tadi dan  tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur.(kalau tak suka telur tak perlu pun boleh)
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. masukkan pewarna kuning kacau atas dapur sehingga naik wap.
  3. tuang atas pulut tadi dan kukus selama 35 minit @hingga masak
  4. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik.
  5. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

No comments:

Post a Comment