Terima kasih pada anda yg sudi....

Thursday, April 26, 2012

roti siput @ donat gebu


Assalamualaikum semua.... semalam sempat saya buat roti siput lebihan dari adunan doh donat ,alhamdulilah tidak mengecewakan gebu dan sedap.

boleh juga letak inti buttercream sy letak CF.

Resepinya donat dan roti siput:

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing


Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.


acuan buat roti siput

1 comment:

14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah.... 3 puteri kesayangan pinjama...