Recent Posts

Thursday, August 4, 2011

Talam Pacar Johor

Assalamualaikum semua.....dan selamat berpuasa.....hari ni merupakan hari ke 4 ummat islam berpuasa,dan hari ni saya punya sedikit masa untuk edit blog dan letak N3 terbaru.Kepada pengunjung blog saya..kemaafan di pinta , kesibukkan tahap tegar.....hihihi. Hari ini saya nak berkongsi resepi TALAM PACAR JOHOR  yang telah saya ubah suai...dari resepi asal.kiranya sesuai dengan tekak saya ... nak cuba silakan.....
Lapisan bawah
bahan -bahan
     (A) * 3/4 cawan tepung cha-cha (rebus dan toskan)

     (B) * 2 cawan tepung beras
           * 1 sudu besar tepung hoen kwee putih
           * 1/2 cawan gula pasir
           * sedikit garam
           * 3 cawan santan sederhana pekat (250 ml santan pekat + 450 ml air )
Cara-cara:
  1. bahan no.1 direbus dan ditoskan.
  2. bancuh bahan (B) hingga naik wap, dan masukkan cha -cha gaul rata

  3. tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit .(sehingga masak)
Lapisan atas
Bahan -bahan:
(A) 1 1/2 cawan gula melaka
       1/4 cawan gula pasir
       2 cawan air ( 500 ml air)

(B) 1 cawan tepung gandum
      1 biji telur
      1 cawan santan pekat(250 ml santan pekat)
       sedikit garam

Cara-cara:
  • Masak bahan (A) sekejap sehinggagula larut
  • Satukan bahan-bahan (B) kacau hingga rata.
  • Masukkan bahan (A) kedalam bahan (B) dan tapis
  • Kacau rata sehingga naik wap
  • Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
 >> guna loyang 10x10

    
Selamat mencuba .....

2 comments:

  1. Salam cikgu latifah heheh mmg npk sdp talam ni...menarik tu negok pada resepinya mmg senang semuanya sukatan pakai cawan...insyaAllah nak jugak menerainya....kenma cari cacha dulu....tq shere resepi

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak su...cubalah...semalam letak kat pasar ramadhan ...alhamdulilah habis

    ReplyDelete