Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, August 5, 2011

Talam keladi....

Semalam saya buat talam keladi...dulu -dulu dok pakai sukat timbang..kekadang timbang ni ada buat hal juga. Last2 saya pakai sukat cawan...setiap rumah mesti ada cawan...dan sukatan tak berubah dan senang...jom kita tengok resepi

 Lapisan bawah
Bahan -bahan
  (A)  2 1/4 cawan tepung beras
         1/4 cawan tepung ubi
         300 ml santan pekat    (saya buat santan sederhana pekat 4 1/2 cawan)
         700 ml air                       campuran diantara santan pekat dan air

(B)  1 1/2 cawan keladi (buang kulit basuh ,kukus dan toskan)
                                     * supaya keladi tidak lebam semasa rebus
                                         masukkan sedikit garam.
 Cara-cara :
  1.  Bancuh semua bahan A sehingga sebati
  2. Masukkan kedalam periuk.Masak hinggan naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sekejap ,dan masukkan kedalam loyang 10x10
  4. Kukus selama 25 minit.
Lapisan atas
Bahan -bahan:
       1 1/4 cawan tepung gandum
       1 cawan gula pasir
       1 biji telur
       250ml santan pekat ( saya guna santan sederhana pekat 3 1/2 cawan...)
       500 ml santan cair      campuran diantara santan pekat dan air.
       sedikit warna purple

 Cara-cara:
  1. Bancuh semua bahan diatas,tapis kedalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap.Tuang keatas lapisan bawah (jangan lupa cakar sedikit bahagian bawah sebelum tuang bahagian atas tu )
  3. Kukus selama 30 minit...
SELAMAT MENCUBA...
   

2 comments:

  1. Salam ..cantik potongan keladini...kemas dan same bentuk....nak cari pewarna pepel tu yg perasa keladi...insyaallah nak cuba juga...

    ReplyDelete