Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, November 26, 2010

Untuk tempahan chocolate....

chocolate box love- small



24/11/2010 Tertunailah hasrat dihati untuk menghadiri kelas chocolate 
Inilah diantara yang saya pelajari..

lolichoc bentuk bunga


chocolate oreo edible image



Untuk tempahan boleh sms ,email atau hubungi saya.

Sunday, November 21, 2010

Majlis Khatan Perdana

Pagi tadi singgah sekejap kat Masjid Al-Khadijah untuk hantar oder kuih.Terasa meriahnya melihat ramai kanak- kanak , musim cuti sekolah ni bagus juga diadakan program sedemikian.Tentu meninggalkan kenangan pahit  manis diantara mereka kerana akan di 'sunatkan '.






Bersedia untuk acara 'Ber siram"












oh.... seronoknye....(selapas ni siap la kamu semua ye...)

Cerita Bergambar....

Pada 16/11/2010 .Masa Majlis perpisahan di tadika adik.Adik berlakon jadi pokok ."Goyang ...adikk goyang"











Sebelah petang nya kami bertolak balik kg kat Terengganu.Ni masa kat karak jalan sesak juga masa tu jam 4.30 pm.










17/11/2010 (Rabu) Selepas Solat Raya Aidiladha,Pakcik Atik datang pujuk -pujuk lembu yang akan di  korbankan.










Dah..selamat........Alhamdulilah.....












Ni kat kedai Pakcik Ise,tahun depan buka lagi satu cawangan....Semoga apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar....










Ter ingat kat putih...manja sangat,sebelah matanya hijau dan sebelah matanya lagi biru...dan mempunyai jari enam.....










Ni.... ha....budak ni memang minat sangat kat kucing,  Lunyai....kucing dibuatnye....

Saturday, November 20, 2010

Aidiladha:Satu Kekurangan Seribu Kelebihan

Semuanya tiada. Tiada Jualan Murah. Tiada Lagu Raya. Tiada rancangan khas di televisyen. Tiada mercun dan panjut menghias malam. Segalanya tiada. Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja. Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan? Satu [...]



Semuanya tiada.
Tiada Jualan Murah.
Tiada Lagu Raya.
Tiada rancangan khas di televisyen.
Tiada mercun dan panjut menghias malam.
Segalanya tiada.

Ibu kota sunyi sepi. Tiada hiruk pikuk seperti menyambut ketibaan Syawwal. Apa yang sayup-sayup terdengar hanyalah Takbir. Di menara masjid, di surau-surau, di sesetengah rumah. Itu sahaja.
Tetapi, tidakkah itu semua suatu kelebihan?
Satu nikmat pada yang tiada. Aidil Adha tiba tanpa pesta dan hiburan. Hanya Takbir, Solat di hening Dhuha serta ibadah korban didukung jiran tetangga. Hakikatnya itulah makna sebuah Hari Raya. Hari membesarkan Allah, hari mencipta pahala, bukan hari melakar dosa.
Syukur pada-Mu ya Allah. Aidil Adha masih terpelihara. Masih jauh daripada pesta dan dosa. Moga kekal begitu hendaknya.
KEKURANGAN YANG SATU
Kekurangannya hanya pada yang satu.
Anak-anak tidak pulang ke desa.
Jika ada pun, mungkin di hari kedua. Kerana komitmen kerja dan tanggungjawab yang tidak mengenal Raya. Kampung halaman kurang menerima kepulangan anak kota.
Namun…
Andai kekurangan itu membolehkan anak-anak menjadi soleh dan terhindar daripada dosa, maafkanlah kekurangan itu duhai sang ayah, duhai sang bonda. Mungkin takbir Aidil Adha sedikit sepi daripada gelak tawa mereka, tetapi jika dengan itu anak-anak bisa lebih patuh kepada yang Esa, maafkanlah kekurangan itu.
Anak yang akan memanjangkan doa selepas matimu, bukan semestinya anak yang selalu pulang, andai pulangnya membawa dosa. Anak yang doanya didengar Tuhan, bukan semestinya anak yang pulang dengan hilai tawa kegembiraan, andai ketawa itu hanya menjauhkan keluarga daripada-Nya.
Anak yang doanya didengar Tuhan, adalah anak yang soleh, anak yang patuh kepada Tuhan. Biar pun di Aidil Adha mereka dan ibu bapa terpisah berjauhan.
Ibrahim jauh daripada keluarganya. Hajar dan Sarah sering jauh daripada suami mereka. Ismail dan Ishak sering berjauhan daripada ayahanda, namun rumahtangga itu memancarkan sejuta kehebatan. Biar tubuh terpisah  di ufuk mentari, semuanya hampir, dekat di hati.
Jauh adalah pada jauhnya semua daripada-Nya.
Dekat adalah pada intimnya kita mendampingi Dia.
Justeru pada satu kekurangan di Aidil Adha, maafkanlah anakanda yang kejauhan.
Kerana mungkin dalam kekurangan itu, doa si anak lebih didengar Tuhan.
Maafkan kami wahai ayah dan bonda.
Ampunkan kami wahai Tuhan yang Maha Memaafkan.

sumber dari.... www.saifulislam.com

Salam perpisahan dari Nana....


  Untuk hari perpisahan di sekolah tabika kemas anak saya ,Nana ...nak saya buatkan kek chocolate Moist untuk makan sama -sama dengan kekawanya.Saya buat kek ni dalam waktu yang terdesak.Pada 16/11/2010 Jam 6 pagi saya  buat kek ni. Jam 8 pagi acara dah mula...memang rasa terdesak sangat...tapi ingatkan nak bawa ape ke majlis tu saya buatkan juga. Dalam masa 2 jam dapat juga saya siapkan kek chocolate moist ,tengok la daunnye hampir- hampir mencair...dek kerana kek masih lagi suam -suam .Deko,letak bunga ros semua main hentam je....Alhamdululah segala berjalan dengan lancar juga....

Untuk MAK dan MAMA tersayang....





 Ni untuk mak







     Salam semua ...lama tak letak kemaskini blog ni...saya memang betul -betul sibuk dengan pelbagai hal...dan sekarang semua urusan dah selesai , boleh la kita masuk topik yang hendak di ceritakan......Alkisahnye ber mula dengan....
 .2 biji kek ni saya buat sebelum balik kg di Terengganu untuk menyambut Aidiladha hari tu...1 biji untuk mak dan 1 biji untuk mama...semuanya chese cake.Resepinya saya ambil disini

                                                                                                                           Ni untuk mama

Wednesday, November 10, 2010

Hakikat sebuah perkahwinan.....



Untuk saya dan semua untuk dikongsi bersama.


1..KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 
2. KETIKA MELAMAR
 Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak …. Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang 
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Monday, November 8, 2010

The best Chocolate chipsmall

     Assalamualaikum semua.... lama betul saya tak kemas 'rumah' ni ,bukan apa ada masalah sikit gan komputer ni.,My hubby outstation... hanya En.Hubby kita ni je yang buat bab-bab repair computer ni...sekarang Alhamdulilah semua dah ok.

Chipsmall ni saya buat semalam ,kiranya ini dah kali ketiga saya buat, baru kali ini sempat posing -posing sikit.Al maklum la ,anak-anak saya memang suka sangat.Banyak -banyak resepi yang saya cuba . Resepi ini memang the best.Resepi asal saya ambil kat sini


Banyak juga saya tokoh tambah bahan mengikut selera sendiri.

Resepinya

Bahan -bahan
  1. 1 cawan butter
  2. 1 cawan gula pasir
  3. 1 cawan gula perang
  4. 2 biji telur
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
  6. 2 cawan tepung serbaguna (saya pakai tepung biskut,dan 11/2 cawan tepung.1/2 lagi serbuk koko)
  7. 1 cawan oatmeal di kisar halus
  8. 1 sudu kecil b/ powder
  9. 1 1/2 cawan chocolate chips
  10. 1 cawan chopped almond
  11. 1 sudu besar pes capuccino
Cara -cara
  • Ayakkan tepung ,baking soda dan serbuk koko,ketepikan
  • butter,gula pasir ,gula perang di pukul hinggan gebu.
  • perlahankan kelajuan mesin adunan ,masukkan telur satu persatu.
  • kemudian masukkan tepung dan bahan yang diayak tadi,oatmeal,chocolate chips,chopped almond dan juga pes capucccino.gaul sebati.(saya masukkan sebentar dalam freezer supa tak lembik sangat)
  • bulatkan kecil -kecil atau boleh buat besar2 bergantung pada citarasa masing -masing .
  • boleh  bakar pada suhu 180'c selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing.

Thursday, November 4, 2010

Berkebun?


Dua pohon strawberry ni my hubby bawa balik dari Cameron Highlands..nak bekebun macam LG terpaksa lupakan...duduk rumah berlapis - lapis ni semua ruang terhad , nak lepaskan gian berkebun ,meramas -ramas tanah ,bermain dengan cacing , ini je lah....' lagi pun tangan saya panas' kata org tua -tua tak sesuai berkebun nanti semua pokok mati.Ye ke? continue yang orang lain tanan la  kan...





Pertama kali...

Dah lama hajat dihati nak mendeko kek barbie bila menjengah blog sifu -sifu kek cantik sangat kek barbie yang mereka hasilkan,dan semalam saya mendeko kek barbie untuk pertama kalinya...ok ke ? macam kembang semangkok je kan...














Dan pagi tadi adik bawa kek barbie untuk kekawanya....dan menyayikan lagu 'Happy Birthday Nur Irdina Ilmuna'

Tuesday, November 2, 2010

Majlis Tahlil ,Doa Selamat dan Hari Jadi.

Pada 30/102010 Chek Ngah menjemput kami untuk kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru dan juga buat majlis tahlil untuk arwah ayah.Dalam suasana semua saudara berkumpul saya mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis hari jadi untuk 3 puteri kesayangan kami.Tahun ini saya buat sekali sahaja majlis potong kek untuk 3 puteri ni...nak jimat kos kannn.....

Tarik nafas ......hembusssss














3 biji kek untuk birthday Sara sekali dan yang satu lagi tu hadiah dari kekawan Walid  Sara.









Time ni la diorang cukupppp seronok...












Inilah antara menu utama hari tu.....


Nasi ayam, Resepi dari kakak ipar Chek Ngah...(kemudian la saya letak resepinya lupa nak copy ari tu )









Crem puff  dan Cupcake oren













Puding Buah  (blurr la gambonye)

Hari Jadi Adik


Pada 21/10/2010 adalah Hari Jadi  Adik yang ke 6.Tahun depan dah masuk 7 tahun bermula era persekolah berunifom putih biru.Seronak Adik dapat join ke sekolah dengan kakak.Tinggal la Baby seorang lagi menemani Umie...Kita pergi makan kat Pizza Hut saja.Untuk potong -potong kek saya dah plan untuk buat di rumah Chek Ngah nanti.
Spaghetti kesukaan Baby