Recent Posts

Monday, November 8, 2010

The best Chocolate chipsmall

     Assalamualaikum semua.... lama betul saya tak kemas 'rumah' ni ,bukan apa ada masalah sikit gan komputer ni.,My hubby outstation... hanya En.Hubby kita ni je yang buat bab-bab repair computer ni...sekarang Alhamdulilah semua dah ok.

Chipsmall ni saya buat semalam ,kiranya ini dah kali ketiga saya buat, baru kali ini sempat posing -posing sikit.Al maklum la ,anak-anak saya memang suka sangat.Banyak -banyak resepi yang saya cuba . Resepi ini memang the best.Resepi asal saya ambil kat sini


Banyak juga saya tokoh tambah bahan mengikut selera sendiri.

Resepinya

Bahan -bahan
  1. 1 cawan butter
  2. 1 cawan gula pasir
  3. 1 cawan gula perang
  4. 2 biji telur
  5. 1 sudu kecil esen vanilla
  6. 2 cawan tepung serbaguna (saya pakai tepung biskut,dan 11/2 cawan tepung.1/2 lagi serbuk koko)
  7. 1 cawan oatmeal di kisar halus
  8. 1 sudu kecil b/ powder
  9. 1 1/2 cawan chocolate chips
  10. 1 cawan chopped almond
  11. 1 sudu besar pes capuccino
Cara -cara
  • Ayakkan tepung ,baking soda dan serbuk koko,ketepikan
  • butter,gula pasir ,gula perang di pukul hinggan gebu.
  • perlahankan kelajuan mesin adunan ,masukkan telur satu persatu.
  • kemudian masukkan tepung dan bahan yang diayak tadi,oatmeal,chocolate chips,chopped almond dan juga pes capucccino.gaul sebati.(saya masukkan sebentar dalam freezer supa tak lembik sangat)
  • bulatkan kecil -kecil atau boleh buat besar2 bergantung pada citarasa masing -masing .
  • boleh  bakar pada suhu 180'c selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment