Saturday, July 31, 2010
Bila malas melanda....
Hari ni malas betul nak masak.Ditambah lagi suami kena out station ke luar negara.bertambah - tambah la lagi kemalasan aku melanda...pusing - pusing meronda gan anak-anak kat kl...perut dah lapar singgah la di pizza hut.Makan pizza la kita hari ni.....
Sunday, July 25, 2010
Homemade Chocolate
Hari minggu yang ceria dengan kerenah anak -anak sambil duduk bersantai.... mengisi masa yang terluang saya buatkan anak -anak chocolate.
Resepinya saya ambil dari laman kak Hanieliza300 gm cooking chocolate
50 gm cocoa batter
kekacang /kismis
perasa tambahan.
Saturday, July 24, 2010
Resepi dari chef Noraini
Resepi ni memang saya pergi berguru dengan Chef Noraini hampir setahun yang lepas.Hari ini baru berkesempatan untuk mencubanya.. .eemmm boleh tahan juga sedap nye...cubalah tak rugi.....
Resepi kek pandan layer
1 biji kek span berukuran 8 inci
bahan (A )
180 gm gula kastor
500 ml air pandan
1 sudu makan serbuk agar segera
bahan (B)
400ml santan pekat (kalau pakai yang dalam kotak tu 200ml + air 200ml)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau epal
secubit garam
untuk hiasan : 1 cawan kelapa kering
cara membuatnya
* kek span di hiris kepada 2 bahagian .ketepikan
* Untuk membuat kastad pandan,campurkan bahan (A) dalam periuk.Masak atas api sederhana
hingga mendidih.Kacau hingga gula hancur
* Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.Masukkan adunan ini kedalam bahan (A)
* Kacau atas api sederhan hingga pekat dan mendidih.
* Sediakan acuan bulat berukura 8 inci jenis loose tin atau springform tin
* letakkan 1 lapisan kek span dalam acuan .tuangkan 1/3 adunan kastad pandan keatasnya hingga
menutupi lubang di sekelilingnya
* Letakkan lapisan kedua dan tuangkan lagi kastad pandan.
* Hentakkan acuan 3 kali keatas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya.biarka kek sejuk
baru dimasukkan dalam peti sejuk.
* Keluarkan kek yang telah sejuk daripada acuan
* Salut dengan kelapa kering hias mengikut citarasa anda.
Sunday, July 18, 2010
Sambungan Oder ...
Akhirnya...dapat juga saya siapkan kek yang kedua,sambil dok sibuk2 urus anak...kemas rumah dan macam-macam kerja kena bereskan sebelum sekolah bermula lagi...bab 2 mendeko ni saya masih baru lagi...tergeliat juga tangan dibuatnye...apa -apa pun ribuan terima kasih kepada yang meng oder kek coklat moist ini....
Saturday, July 17, 2010
Puteri ayu
Mula-mula saya belajar buat kuih ni meningalkan kenangan yang agak lucu...ber minggu juga saya belajar.membuatnye.Resepi.ni saya dapat dari seorang makcik merupakan orang lama dalam bidang kuih muih.
Resepinye...
Bahan -bahan
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil ovelatte
1 sudu kecil yis
1 cawan santan
1/4 cawan susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
sedikit garam dan pewarna hijau
sedikit kelapa parut
Cara- cara
1. gula , telur , ovelatte di pukul sehingga gebu.
2. kemudian masukkan yis dan santan.adun hingga sebati.
3. yis elok dibancuh dengan sedikit air untuk mengelakkan dari berketul.
4. masukkan susu ,tepung ,dan pewarna ,adum sebati,
biasanye kepekatan adunan seperti pekat kita membuat adunan kek batter.
5. biarkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang.
6. kacau dulu kemudian masukkan dalam acuan
7. kukus antara 7 hingga 10 minit.
Selamat mencuba...
Untuk juara bola jaring
Kek Chocolate moist ni di oder oleh...Kelab remaja PPR Sri Pantai untuk pertandingan bola jaring esok .
Friday, July 16, 2010
kek keju jepun
Dalam kepenatan...seharian menguruskan anak-anak,pergi berniaga...Alhamdulilah sempat juga petang ini sy menyiapkan tempah untuk Fiza.
Kek ni di oder oleh jiran sebelah rumah.( Norhafizah )..untuk jamuan makan 2 sempena kedatangan mak mertuanya...
Anak saya pantang ada oder..kek...mereka semua mula la nak oder juga...tak sempat nak ambil gambar yang sebijik kek...yang tinggal cuma sepotong ni je..
kek span coklat ni saya hias ringkas je..curah coklat.ganache,..letak bunga tabur coklat...
dahhhh ...jom jemput makan...
Monday, July 12, 2010
apam soda
Terubat juga la hati yang sakit tengok kuih talam macam tu...apam soda pula jadi mengebu-gebu
resepinye saya ambil dari blog mak lang azie
bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
4 biji telur
2 cawan gula pasir
1 cawan ice- cream soda
1 sudu esen rose
1 sudu teh baking powder
1 sudu ovalette
cara:
1.pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang dan gebu.
2.masukkan tepung + baking powder, berselang seli dengan ice-cream soda
3.pukul hingga sebati + esen rose dan boleh la masukkan dalam acuan
4.asingkan sikit adunan untuk buat corak2 kat atas permukaan apam tadi
5..kukus 10-12 minit api kuat.
selamat mencuba
penangan bola
Hebat betul penangan bola...tengah syok tengok bola sambil buat kuih inilah jadinye...huhuhuh...tengokla kuih talam ku ini apa dah jadi....entah macamana tersilap sukatan la pulak...tak mau melekat.
Saturday, July 10, 2010
Donat
Pagi Sabtu ni saya dan anak2 bersarapan dengan donat.Baki dari donat yang di oder oleh Sekolah Keb.Bangsar.Resepi ni biasa yang saya buat untuk oder dan juga jualan....
Resepi
1 kg tepung gandum1 biji telur
1 cawan gula pasir
2 sb susu tepung
2 sb ibu roti
1/2 cawan majrin /mentega
1 sk garam
2 biji ubi kentang (direbus dan di blender halus)
300 hingga 400 ml air
Cara-caranya
* ibu roti di campur dengan sedikit gula dan di bancuh dengan sedikit air suam -suam kuku, biarkan 3 hingga 5 minit atau sehingga berbuih.
1. Dalam bekas yang agak besar,masukkan bahan-bahan diatas kecuali air.gaul agak sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit.
2.uli rata sehingga doh tidak melekat di tangan .biarkan doh kembang dalam setangah jam.Kemudian tumbuk2 untuk membuang angin.
3.uli lagi sekali dan boleh la terap dengan acuan donat.
p/s...saya buat bulat -bulat macan bola golf, biarkan dia kembang dan buat lubang ditengah2 nya.dan goreng kuning kekuningan
Oder oleh SKB.
100 biji donat yang di oder oleh Sekolah Kebangsaan Bangsar KL sempena hari sukan.terima kasih cikgu...
lain kali oder lagi ye.....
Tuesday, July 6, 2010
lazatnya haruman kek keju
Tak tahan dengan bau semerbak kek keju yang saya buat untuk oder.... oleh fiza ...saya buat lagi sebijik untuk makan -makan kat umah gan anak2.Ni gondol lagi tak mekap lagi...
tadaaaaaaaaa udah dimekap inilah jadinya....
Monday, July 5, 2010
Selamat bertunang
Asal nye kek ni nama nye Kek Keju Jepun ,setelah disolek di mekap inilah jadinya... di tempah oleh fiza sempena pertunangan adiknya pada 3 july 2010.tq fiza
Saturday, July 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)