Terima kasih pada anda yg sudi....

Saturday, July 24, 2010

Resepi dari chef Noraini

Resepi ni memang saya pergi berguru dengan Chef Noraini hampir setahun yang lepas.Hari ini baru berkesempatan untuk mencubanya.. .eemmm boleh tahan juga sedap nye...cubalah tak rugi.....
Resepi kek pandan layer

1 biji kek span berukuran 8 inci  

bahan (A )

180 gm gula kastor
500 ml air pandan 
1 sudu makan serbuk agar segera

bahan (B)
400ml santan pekat (kalau pakai yang dalam kotak tu 200ml + air 200ml)
85 gm tepung Hoen Kwee hijau
1 sudu teh pewarna hijau epal
secubit garam
untuk hiasan : 1 cawan kelapa kering

cara membuatnya

* kek span di hiris kepada 2 bahagian .ketepikan 
* Untuk membuat kastad pandan,campurkan bahan (A) dalam periuk.Masak atas api sederhana  
   hingga mendidih.Kacau hingga gula hancur
* Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.Masukkan adunan ini kedalam bahan (A)
* Kacau atas api sederhan hingga pekat dan mendidih.
* Sediakan acuan bulat berukura 8 inci jenis loose tin atau springform tin
* letakkan 1 lapisan kek span dalam acuan .tuangkan 1/3 adunan kastad pandan keatasnya hingga 
   menutupi lubang di sekelilingnya
* Letakkan lapisan kedua dan tuangkan lagi kastad pandan.
* Hentakkan acuan 3 kali keatas meja agar kastad padat dibahagian bawahnya.biarka kek sejuk  
   baru dimasukkan dalam peti sejuk.
* Keluarkan kek yang telah sejuk daripada acuan 
* Salut dengan kelapa kering hias mengikut citarasa anda.

No comments:

Post a Comment

14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah.... 3 puteri kesayangan pinjama...