Recent Posts

Thursday, January 26, 2012

mekar ...

Assalamualaikum....
alkisahnye ...mula2 nak buat muffin chocolate...singgah la blog kak yati....cantik je kak yati punya muffin....bila tiba waktunya malas la pulak Nur nak bakar...terus je kukus...ha...kembang sejambak gitu...mcm apam mekar la pulak ...apa pun janji sedap walaupun dah berubah rupa.....

Resepinya
Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam

1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
  2. Ayakkan dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata guna whisk aja.
  5. Masukkan choc chips.
  6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama
  7. 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)
Cuba lah sedappppp....

No comments:

Post a Comment