Lapisan bawah
Bahan -bahan
(A) 2 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
300 ml santan pekat (saya buat santan sederhana pekat 4 1/2 cawan)
700 ml air campuran diantara santan pekat dan air
(B) 1 1/2 cawan keladi (buang kulit basuh ,kukus dan toskan)
* supaya keladi tidak lebam semasa rebus
masukkan sedikit garam.
Cara-cara :
- Bancuh semua bahan A sehingga sebati
- Masukkan kedalam periuk.Masak hinggan naik wap dan masukkan bahan B
- Kacau sekejap ,dan masukkan kedalam loyang 10x10
- Kukus selama 25 minit.
Bahan -bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 biji telur
250ml santan pekat ( saya guna santan sederhana pekat 3 1/2 cawan...)
500 ml santan cair campuran diantara santan pekat dan air.
sedikit warna purple
Cara-cara:
- Bancuh semua bahan diatas,tapis kedalam periuk.
- Masak hingga naik wap.Tuang keatas lapisan bawah (jangan lupa cakar sedikit bahagian bawah sebelum tuang bahagian atas tu )
- Kukus selama 30 minit...