Recent Posts

Sunday, April 17, 2011

Swiss roll kalbu....



Assalamualaikum semua.....dalam dok selongkar dapur CMG aku terliur sangat tengok macam -macam swiss roll dia...aku memang tergoda ,bulan lepas aku dah cuba tapi tak menjadi....aku cuba lagi dan alhamdulilah kali ini puas hati...menjadi!







Terima kasih CMG jom kita tengok resepi mudah CMG .C n P je malas nak taip malam2 nih...(malam 2 buat swiss roll nak buat sarapan pagi esok )

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
60 gram gula halus
60 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
2 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau muda (aku letak warna merah)
Seri kaya secukupnya (aku letak chocolate dan blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 9 inci x 9 inci, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
  3. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna hujau muda tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Kemudian paipkan melintang tapi kali ini melawan arah dan mendapat corak kotak-kotak.
  4. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan seri kaya rata2 dan nipis. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

No comments:

Post a Comment