Terima kasih pada anda yg sudi....

Thursday, April 28, 2011

Simple salat....

Bahan-bahan untuk Salad 

Pelbagai jenis daun salat
1/2 cwn mayonis
buah tomato
2 cmb jus lemon/limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat
  1. Pilih daun salat yang segar. beli yang dah pek kat pasar raya pun boleh juga.Pilih daun salat  pelbagai warna supaya hidangan lebih cantik. tambah buah tomata atau lobak supaya nampak lagi menarik.
  2. Potong semua daun salat buah tomato potong dadu.
  3. Larutkan garam dan gula dalam jus lemon/limau kasturi.
  4. Campurkan mayonis ke dalam jus tadi dan gaul rata menjadi salad dressing.
  5. Daun salat  dibilas dengan air bersih dan digaulkan dengan salad dressing secukupnya.
  6. Simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup sehingga dihidangkan.

Wednesday, April 27, 2011

Kuih gulung dan sardin roll

Salam semua ...selasa lepas saya menerima lagi tempahan dari masjid Kalana Jaya.Alhamdulilah...terima kasih kak Hasnah.
80 pcs sardin roll












80pcs kuih gulung

Thursday, April 21, 2011

Hari ke -2 oder dari jusco Midvelley


Hari ini merupakan hari kedua oder dari Jusco Midvelly.
Terima kasih untuk kak mimi kerana promotkan kuih saya pada majikan nya.



30 potong kuih lapis









100 biji karipap












25 biji sardin roll













20 biji donat












25 biji apam ayu

Wednesday, April 20, 2011

Oder dari Jusco Midvelly K.L


Alhamdulilah hari ini  oder last minit untuk staff kantin Jasco midvelly.. 200 biji untuk lima jenis kuih..


25 biji kuih puteri ayu










25 biji mini sesej roll







25 bji pau goreng sambal







25 biji donat









100 biji karipap pusing inti kentang

Tuesday, April 19, 2011

Oder dari Masjid Kelana Jaya

Assalamualaikum... alhamdulilah pagi tadi sempat juga saya siapkan oder dari Masjid Kelana Jaya.
Terima Kasih ...harap berpuas hati


80 biji karipap pusing kentang












80 biji apam puteri ayu










Sunday, April 17, 2011

Swiss roll kalbu....



Assalamualaikum semua.....dalam dok selongkar dapur CMG aku terliur sangat tengok macam -macam swiss roll dia...aku memang tergoda ,bulan lepas aku dah cuba tapi tak menjadi....aku cuba lagi dan alhamdulilah kali ini puas hati...menjadi!







Terima kasih CMG jom kita tengok resepi mudah CMG .C n P je malas nak taip malam2 nih...(malam 2 buat swiss roll nak buat sarapan pagi esok )

BAHAN-BAHANNYA :-)
70 gram tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
60 gram gula halus
60 ml minyak jagung (mat guna minyak canola)
2 camca teh ovallate
1 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna hijau muda (aku letak warna merah)
Seri kaya secukupnya (aku letak chocolate dan blueberry)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 9 inci x 9 inci, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
  3. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna hujau muda tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Kemudian paipkan melintang tapi kali ini melawan arah dan mendapat corak kotak-kotak.
  4. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan seri kaya rata2 dan nipis. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

baru nak tempek....



Oder dari MGS 1 ,sempena birthday guru besar sekolah tersebut. terima kasih banyak -banyak.









Udang masak pedas




Menu tengahari semalam...kat umah aku ni yang tak alahan seafood aku gan bby je...anak- anak yang lain memandang saja tu ...kekadang sebab masalah ni aku kesian...masak sefood ni kekadang je lah....kita makan..anak-anak  memandang ,tak sampai hati betul kan...




Resepinya.
 1 kg udang
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (di hiris)
240 gm cili kisar
1 labu bawang besar
1/2 biji tomato (untuk hiasan)
garam da gula secukup rasa

cara -caranya
  •  Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak
  • masukkan udang
  • perasakan dengan garam dan gula.
hidangkan dengan nasi putih . selamat mencuba.

Friday, April 15, 2011

Kuih - Muih frozen oder dari cikgu -cikgu MGS1

Setiap hari Jumaat saya akan siapkan kuih muih frozen untuk cikgu -cikgu kat Mgs 1.Mereka Semua ni pelanggan tetap saya dalam bab kuih -muih .Terima kasih ya cikgu semua.

Assalamualaikum....


Setelah sekian lama aku menyepikan diri dari berblog....hari ini aku kembali cuba memeriahkan lagi dunia blog.Dalam meniti rutin harian ada waktunya kita bagai ingin menyendiri dari dunia luar, dunia siber dan itulah yang aku rasai...i 'am coming back....


bersemak -semak  rumah aku nih.......