Kuih Lapis Pelangi
Assalamualaikum buat pengunjung blog kesayanganku
terima kasih kerana sudi menjengah di blog yg tak seberapa ini . Himpunan resepi untuk kegunan anak - anak saya di masa akan datang
kali ini dengan resepi kuih lapis pelangi .banyak kali dak saya membuatnya sama ada untuk makan sendiri atau tempahan untuk kawan - kawan. sumber asal saya dapat resepi ini dari fb dan resepi asal adalah dari guru saya Chef Asma. Dalam resepi ini ada perubahan sedikit mengikut selera saya.
resepinya
bahan A
320 gula
320 tepung beras
160 tepung gandum
bahan B
500 ml santan pekat
1070 ml air
satu sudu teh garam
* bahan b di masak sehingga gula larut sahaja (suam-suam kuku)
cara:
1)satukan bahan A dan B dalam satu mangkok.sebatikan
2)bahagikan kepada 6 bahagian sama banyak dan letak pewarna
3)kukus setiap lapis lima minit
4)kukusan terakhir 20 minit
5) sejukkan baru di potong
selamat mencuba....