Recent Posts

Monday, February 7, 2011

Waffle Chicken Floss

Assalamualaikum... kepada pengunjung blog saya..terima kasih atas sokongan anda...yang sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini.Semalam saya buatkan waffle chicken Floss ambik resepi dari dapur kak ummi.
kak ummi resepinya saya C n P ye...cuma kelainan saya sapukan mayonis dan letak chicken  floss.

WAFFLE

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat 

No comments:

Post a Comment