Terima kasih pada anda yg sudi....

Friday, February 25, 2011

Apam soda dan karipap


60 biji Apam soda  dan 60 biji karipap dioder oleh MASAYU untuk para seminar kesihatan.terima kasih dari Dapur Salju Kuih.














Thursday, February 24, 2011

Sarapan pagi Untuk cikgu2 MGS 1.

karipap pusing inti kentang dan sardin,puteri ayu,apam coklat,sosej roll dan cucur badak.
Alhamdulilah....sempat juga pagi ni saya siapkan sarapan pagi sampai tengahari kuih muih untuk cikgu - cikgu MGS 1.Terima kasih cikgu - cikgu semua, hari - hari nak oder pun boleh...sambil lalu hantar anak kesekolah....

Wednesday, February 23, 2011

Red Velvet Cake

Ramai orang memperkatakan kelazatan red vavet cake.Lama saya dok tengok dan telan liur je teman -teman blog dok tayang kek ni dan akhirnya.... menjadi juga projek saya,memang ada kelainan dan rasanya...emmm memang lain dari yang lain...resepinya saya ambil disini.
copy n p je lah ye...

 Bahan-bahanya( satu biji kek)

  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

Friday, February 18, 2011

Happy birthday Hafizah

Last minit oder dari  Pn.Latifah  , kek birthday untuk anaknya .mulanya nakkan kek segi empat. tapi jadinya bulat...,..harap anakandanya berpuashati.

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Hari Lahir Ke 8 Untuk Asila....

Kek ni sempena birthday Asila yang ke-8 sebetulnya pada semalam 14 Feb 2011.Tapi kerana sekolah kita sepakat tunda pada hari cuti umum hari ini .Selamat hari lahir untuk Asila..(anak kawan baik saya...)












Monday, February 7, 2011

Waffle Chicken Floss

Assalamualaikum... kepada pengunjung blog saya..terima kasih atas sokongan anda...yang sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini.Semalam saya buatkan waffle chicken Floss ambik resepi dari dapur kak ummi.
kak ummi resepinya saya C n P ye...cuma kelainan saya sapukan mayonis dan letak chicken  floss.

WAFFLE

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat 

Saturday, February 5, 2011

Adikkkkkkkk

Semalam adalah hari yang paling teruk bagi aku..dalam menyiapkan tempahan kek dan kuih - muih ..anak aku cuti -cuti sekolah ni ...ya ALLAH....dia punya aktif..membuatkan aku risau dan ...rimas...tapi dalam dok berjaga - jaga...terlepas pandang juga...adik..(anak kedua) entah macam mana terjatuh dari almari yang dipanjatnya...dan inilah hasilnya...tangan sikunya retak...nasib baik la tak teruk sangat...Alhamdulilah dah ke hospital...x-ray ...cuma retak siku sedikit...alahai sayang -sayang ku ...jangan buatkan separuh hariku haru biru...



Hasil tangan ibu angkat...

Cake Chocolate moist dengan topping ganache bunga buttercream ni dihasil oleh ibu angkat saya ..datang kerumah saya sama -sama belajar dalam meliuk lentok segala sendi tangan.Dan ini lah hasilnya...

Oder dari Along untuk majlis pernikahanya.

Alhamdulilah ...akhirnye siap juga setelah seharian saya bercinta didapur ,siapkan oder oleh Along (anak jiran ) untuk majlis pernikahan  esok pagi.Semoga Along berpuas hati...dan Selamat Pengantin Baru.
 

50 pcs cupcake untuk gif

16 pcs cupcake






Wednesday, February 2, 2011

Promosi Biskut Raya


biskut ROMYLAC 50 pcs rm25
 Salam semua..inilah projek terbaru saya iaitu BISKUT RAYA raya lambat lagi wehhh. Untuk part 1  ini 3 jenis untuk tayangan perdana.Yang berjenis - jenis lagi coming soon....

















biskut DAHLIA 50pcs rm23




biskut BADAM 50pcs rm 23

Tuesday, February 1, 2011

Happy Birthday Pn.Furizat Yahya

Selamat hari lahir yang ke 53 untuk Pn.furizat Yahya iaitu Bos tempat suami saya bekerja.Dan sebagai cenderahati dari kami sekeluarga saya buatkan kek butter vanilla.