Terima kasih pada anda yg sudi....

Sunday, November 3, 2013

Harga runtuh.....


Cheese Kek Meleleh permintaan yang meletop sekali. Alhamdulilah rasa pasti tidah mengecewakan .
boleh didapati dalam perisa strowbery,capocino,pandan,coklat .Harga promosi Hanya RM7 sebekas.





Majlis Tahlil....


Alhamdulilah.... oder kuih talam cendol, talam mak dara ,roti sosej dan apam coklat .kak pah staff Karangkraf.Untuk majlis tahlil .tq kak pah...





Kek bajet....


 Amat sesuai untuk gif majlis perkahwinan ,majlis harijadi.. dan lain - lain majlis .
di oder oleh Puan Asian kakitangan UM (Perubatan).

 




Ulang Tahun kelahiran Nur Irdina Ilmuna...

Assalamualaikum.... lama betul tak update blog... kesibukkan dan masa kekadang tak mengizinkan. Peristiwa ini pada 20 hb Oktober 2013 sempena ulangtahun hari kelahiran anak kedua saya Nur Irdina Ilmuna...pada 21 hb Oktober 2013. Moga adik jadi anak solehah dan berjaya dalam kehidupan dunia dan Akhirat.


 


Saturday, October 19, 2013

karemel kek dan donat tak dapat di pisahkan.....




Kepakaran saya dalam membuat donat dan kekaremal yang lazat.... call me untuk oder....





Friday, October 11, 2013

Emmmmm.... kelazatan yang tak terkata.....

Assalamualaikum semua...

Kek keju saljuz @ kek keju meleleh ( nak meleleh taruk krim cheese sampai lelehhhhhh )

Gabungan lembut kek span yang berperisa wanila dan stobery,  dilapisi dengan jem bluebery ,disaluti lemak manis krim cheese dan ditaburi parutan keju yang lazat.... alhamdulilah.... bersukur padaNya di beri nikmat rasa....dan alhamdulilah juga anak suka.... ( itu yang membuatkan dalam hatiku ada taman)


Resepinya

(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila

(B) (untuk meringue)
5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.

5.  Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.




untuk cream cheese


250g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
200 g wipping cream


pukul sebati semua bahan kalau nak cairkan lagi tambahkan wipping cream.


parutan keju (tabur atas kek).





Tuesday, October 1, 2013

Untaian Salju



Biskut untaian salju... Alhamdulilah kejadianya yang tidak mengecewakan.....rasanya juga cukup sedap ,
menjadi kesukaan anak -anak dan boleh dijadikan salah satu senarai antara biskut  tanpa musim.Bila - bila masa boleh menikmatinya....







Wednesday, September 25, 2013

Kek keju meleleh.......

Emmmm ...enaknya tak terkata......

Meleleh juga aku dengan kek keju leleh ni......
sedap tak terkata......






Donat & sardin roll

Donat dan sardin roll...... kesukaan ramai...tq .kerana sentiasa mengulangi oder.....











Sunday, September 15, 2013

Sweetz Nut Crunch...

 Assalamualaikum....
Antara yang terbaru produk kami , iaitu SWEETZ NUT CRUNCH .Alhamdulilah permintaan menggalakkan.... kepada yang beminat boleh menghubungi kami untuk menikmati kudapan yang tidak menjemukan ini....




 




Thursday, September 12, 2013

Kerana mu...kusanggup.....


Alhamdulilah syukur sangat ...semalam di beri kesempatan masa .... saya mula buat kuih ni semua  jam 6 pagi sebab saya punya pelanggan nak makan yang segar dan panas2 lagi. kuih talam oder yang last tu saya potong dalam keadaan yang suam2 kuku ..kurang cantik sikit.alhamdulilah segala tugas dapat di selesaikan tepat jam 11.30 untuk majlis bermula jam 12. sayang sangat kat pelanggan saya yang sorg ni.... last minit oder pun saya sanggup buat.... tq sayang....


pau sambal bilis....karipap sardin homemade.

sardin roll...... 

Kepakaran kami....


Saya pakar dalam membuat kek karemel.... rasa yang lazat 
rasa yang sedang2 manisnya.... harga yang masih berpatutan walaupun harga barangan yang lain melambung naik....



Boleh juga didapati dalam bekas yang comel dengan harga yang berpatutan....




 snow japanese cheese cake 




Yang berlalu... tapi tetap hot permintaannya.....

Permintaan yang terhangat..... alhamdulilah.....
Sardin roll ,sardin homemade resepi lain dari yang lain... amat sedap dan istimewa....

sardin roll 

talam cendol  ,sardin roll ,dan semestinya karipap pusing ..... 


Friday, September 6, 2013

Panas2 dari.. kuali..


Terima kasih fiza ibrahim... kawan yg selalu oder kerja kat hospital pantai.... leh makan panas2 lagi.... 
tahan sampai malam....hi3 ...tq awak.... 






Thursday, September 5, 2013

cupcake pertunangan ....



Alhamdulilah selamat sudah majlisnya...
semoga empunya badan  berbahagia....
terima kasih Muneera





Wednesday, September 4, 2013

Sunday, September 1, 2013

Di Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan.

Assalamualaikum.... semoga selamat sejahtera semua...
Alhamdulilah hari ini saya berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk bersama mereka , menyelami hati dan perasaan anak2 yang comel dan seharusnya kita sebagai insan perlu tolong menolong dalam apa jua sumbangan yang termampu oleh kita untuk mereka yang kekurangan ini.

Masih lagi dalam pembinaan.
Alhamdulilah dengan sumbangan orang ramai dah boleh mula beroperasi


Hari pertama beroperasi di tempat baru. bersama Pengurus Persatuan Baitul Hasan

anak - anak gembira mendapat sumbangan .


Di Baitul Hasan saya hanya sebagai sukaralawan. Membantu apa yang terdaya. kepada anda diluar sana ingin menyumbang dan membantu dalam apa jua bentuk sumbangan .boleh menghubungi nombor 03 2284 4532.