Recent Posts

Tuesday, November 22, 2011

Daging goreng kunyit


Bahan-bahan

  • 200-300gm daging mentah
  • serbuk garam dan serbuk kunyit
  • minyak masak
  • bawang merah 2-3 biji dimayam
  • bawang putih 1 biji dimayam
  • bawang besar (kulit kuning/oren) 1 biji dimayam bulat
  • lada merah 1 biji (atau cilipadi beberapa biji jika hendak lagi pedas) dihiris serong

Cara-cara

  1. hiris daging (ikut kebiasaan masing2, jgn terlalu nipis atau terlalu tebal)
  2. perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa sekurang2nya 20 minit
  3. panaskan kuali tanpa minyak untuk beberapa saat dan kemudian masukkan daging perap ke dlm kuali. 'goreng' daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging dan supaya daging 'masak'
  4. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. apabila warna daging berubah dari warna yg pudar kpd warna yg gelap seperti hendak garing, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam tadi. goreng hingga layu. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata dan goreng sehingga semuanya garing 
  6. Boleh dihidangkan bersama nasi putih panas.

No comments:

Post a Comment