kuih ni sesuai untuk sarapan atau minum petang
resepinya:
untuk kulit:
1/2 kg tepung gandum
1 sudu besar majrin
1/2 cawan minyak masak
sedikit garam
air secukupnya
cara2nya
panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas.masukkan kedalam tepung gandum tadi digaul rata.masukkan majrin digaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.(hati2 ye dengan minyak panas tu),kemudian masukkan air sedikit - sedikit uli keras(maksud uli keras ni...doh yang kita uli tu tak lembik sbb bila kita biarkan dalam setengah jam doh tersebut akan lembut.)
untuk inti
1 tin besar sardin
6 ekor isi ikan sardin.
bawang untuk tumis
serbuk kari
cili kering(yang di blender)
garam dan serbuk perasa
cara2nya
tumis bawang dan cili kering sehingga naik bau.masukkan bawang kacau hingga layu,masukkan sardin dan isi ikan sardin,serbuk kari dan masukkan garam serta serbuk perasa.masak sehingga kering.
selamat mencuba.....
salam....camner nak buat sardin gulung tuh yer kak...blh tunjuk step x?
ReplyDelete