Monday, February 3, 2014
cheeses sekuk
Monday, January 27, 2014
4 serangkai yang menggamit rasa....
Wednesday, January 1, 2014
Roti Cheese yang gebu dan lazat......
Assalaualaikum semua dan selamat tahun baru....permulaan yang baru,dengan semagat dan azam baru.... semoga segala impian dan azam tahun ini menjadi kenyataan.Permulaan di tahun baru ini dengan ROTI CHEESE yang lembut dan lazat.Resepi asal dari blog jintan manis.menggunakan doh asas untuk roti manis.
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
Sunday, November 3, 2013
Harga runtuh.....
Cheese Kek Meleleh permintaan yang meletop sekali. Alhamdulilah rasa pasti tidah mengecewakan .
boleh didapati dalam perisa strowbery,capocino,pandan,coklat .Harga promosi Hanya RM7 sebekas.
Majlis Tahlil....
Alhamdulilah.... oder kuih talam cendol, talam mak dara ,roti sosej dan apam coklat .kak pah staff Karangkraf.Untuk majlis tahlil .tq kak pah...
Kek bajet....
Amat sesuai untuk gif majlis perkahwinan ,majlis harijadi.. dan lain - lain majlis .
di oder oleh Puan Asian kakitangan UM (Perubatan).
Ulang Tahun kelahiran Nur Irdina Ilmuna...
Assalamualaikum.... lama betul tak update blog... kesibukkan dan masa kekadang tak mengizinkan. Peristiwa ini pada 20 hb Oktober 2013 sempena ulangtahun hari kelahiran anak kedua saya Nur Irdina Ilmuna...pada 21 hb Oktober 2013. Moga adik jadi anak solehah dan berjaya dalam kehidupan dunia dan Akhirat.
Saturday, October 19, 2013
Friday, October 11, 2013
Emmmmm.... kelazatan yang tak terkata.....
Assalamualaikum semua...
Kek keju saljuz @ kek keju meleleh ( nak meleleh taruk krim cheese sampai lelehhhhhh )
Gabungan lembut kek span yang berperisa wanila dan stobery, dilapisi dengan jem bluebery ,disaluti lemak manis krim cheese dan ditaburi parutan keju yang lazat.... alhamdulilah.... bersukur padaNya di beri nikmat rasa....dan alhamdulilah juga anak suka.... ( itu yang membuatkan dalam hatiku ada taman)
Resepinya
(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila
(B) (untuk meringue)
5 biji putih telur
70 gm gula kastor
Cara buat kek:
1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.
2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.
3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.
5. Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.
untuk cream cheese
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
200 g wipping cream
pukul sebati semua bahan kalau nak cairkan lagi tambahkan wipping cream.
parutan keju (tabur atas kek).
Tuesday, October 1, 2013
Untaian Salju
Biskut untaian salju... Alhamdulilah kejadianya yang tidak mengecewakan.....rasanya juga cukup sedap ,
menjadi kesukaan anak -anak dan boleh dijadikan salah satu senarai antara biskut tanpa musim.Bila - bila masa boleh menikmatinya....
Wednesday, September 25, 2013
Kek keju meleleh.......
Meleleh juga aku dengan kek keju leleh ni......
sedap tak terkata......
Subscribe to:
Posts (Atom)