Kepakaran saya dalam membuat donat dan kekaremal yang lazat.... call me untuk oder....
Saturday, October 19, 2013
Friday, October 11, 2013
Emmmmm.... kelazatan yang tak terkata.....
Assalamualaikum semua...
Kek keju saljuz @ kek keju meleleh ( nak meleleh taruk krim cheese sampai lelehhhhhh )
Gabungan lembut kek span yang berperisa wanila dan stobery, dilapisi dengan jem bluebery ,disaluti lemak manis krim cheese dan ditaburi parutan keju yang lazat.... alhamdulilah.... bersukur padaNya di beri nikmat rasa....dan alhamdulilah juga anak suka.... ( itu yang membuatkan dalam hatiku ada taman)
Resepinya
(A)
100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila
(B) (untuk meringue)
5 biji putih telur
70 gm gula kastor
Cara buat kek:
1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.
2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.
3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.
4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.
5. Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.
untuk cream cheese
250g cream cheese
1/2 tin susu pekat manis
200 g wipping cream
pukul sebati semua bahan kalau nak cairkan lagi tambahkan wipping cream.
parutan keju (tabur atas kek).
Tuesday, October 1, 2013
Untaian Salju
Biskut untaian salju... Alhamdulilah kejadianya yang tidak mengecewakan.....rasanya juga cukup sedap ,
menjadi kesukaan anak -anak dan boleh dijadikan salah satu senarai antara biskut tanpa musim.Bila - bila masa boleh menikmatinya....
Wednesday, September 25, 2013
Kek keju meleleh.......
Meleleh juga aku dengan kek keju leleh ni......
sedap tak terkata......
Sunday, September 15, 2013
Sweetz Nut Crunch...
Antara yang terbaru produk kami , iaitu SWEETZ NUT CRUNCH .Alhamdulilah permintaan menggalakkan.... kepada yang beminat boleh menghubungi kami untuk menikmati kudapan yang tidak menjemukan ini....
Thursday, September 12, 2013
Kerana mu...kusanggup.....
Alhamdulilah syukur sangat ...semalam di beri kesempatan masa .... saya mula buat kuih ni semua jam 6 pagi sebab saya punya pelanggan nak makan yang segar dan panas2 lagi. kuih talam oder yang last tu saya potong dalam keadaan yang suam2 kuku ..kurang cantik sikit.alhamdulilah segala tugas dapat di selesaikan tepat jam 11.30 untuk majlis bermula jam 12. sayang sangat kat pelanggan saya yang sorg ni.... last minit oder pun saya sanggup buat.... tq sayang....
![]() |
pau sambal bilis....karipap sardin homemade. |
![]() |
sardin roll...... |
Kepakaran kami....
Yang berlalu... tapi tetap hot permintaannya.....
Friday, September 6, 2013
Panas2 dari.. kuali..
Terima kasih fiza ibrahim... kawan yg selalu oder kerja kat hospital pantai.... leh makan panas2 lagi....
tahan sampai malam....hi3 ...tq awak....
Thursday, September 5, 2013
Wednesday, September 4, 2013
Sunday, September 1, 2013
Di Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan.
Assalamualaikum.... semoga selamat sejahtera semua...
Alhamdulilah hari ini saya berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk bersama mereka , menyelami hati dan perasaan anak2 yang comel dan seharusnya kita sebagai insan perlu tolong menolong dalam apa jua sumbangan yang termampu oleh kita untuk mereka yang kekurangan ini.
![]() |
Masih lagi dalam pembinaan. Alhamdulilah dengan sumbangan orang ramai dah boleh mula beroperasi |
![]() |
Hari pertama beroperasi di tempat baru. bersama Pengurus Persatuan Baitul Hasan |
![]() |
anak - anak gembira mendapat sumbangan . |
Subscribe to:
Posts (Atom)