Terima kasih pada anda yg sudi....

Sunday, September 3, 2017

kek birthday bajek


Kek birthday bajek 
Rm 20
Edible imej + rm5 ( readymade dr kedai)




Harga runtuh kek perkahwinan dan birthday


Assalamualaikum 
Kek 2 tingkat untuk sambutan keraian seperti harijadi dan perkahwinan
Asas kek chocolate moist dan butter
Harga yg sangat berpatutan rm 180 harga asal rm 250
Tempah sekarang utk majlis anda. 





Monday, May 15, 2017

14 mei.... hari indah buat aku sebagai ibu.

Tarikh 14 mei setiap tahun datang dan berlalu silih berganti
Aku bahagia .... Penuh dengan memori indah....
3 puteri kesayangan pinjaman dari Allah yang amat aku sayang
Bertahan mengantuk.... Berjaga demi sebuat ucapan 

' SELAMAT HARI LAHIR MAK'
'SELAMAT HARI IBU'

ingin menjadi orang pertama meraikan hari kelahiranku
Cukup terharu.
Terima kasih anak- anakku...

Ku abadikan memori disini, suatu hari nanti bila mak dah tiada
Anak-anak masih boleh melihatnya....

Kek aiskrim emmm masam2 manis sedap...
Belanja mereka makan.... Licin....

Buka kad ada bunga2 ..... Cantik....

Sunday, May 14, 2017

bicara dr hati....




Waktu terus berlalu.....
Silih berganti hari demi hari
Yg berlalu jadikan pengalaman 
Yg mendatang terus gagah untuk ditempuhi

Alhamdulilah .... Bahagia dengan kehidupan ini
Bahagia dengan cara kita yang tersendiri
Moga diriku dan keluargaku di bawah rahmat Ilahi. 



Monday, October 31, 2016

kek pertama...


pertama kali dalam hidup dapat kek birthday dr adik tersayang 
maklum la sebelum ni kita yg buat sendiri kek untuk birthday kita , jadi tak de feeling nak makan 
kekni  hari lahir pada bulan mei 2016...





Brownies



brownies pemikat rasa.....
berlainan sekali dengan brownies yang lain
ada kelebihan rasa yang tersendiri
satu box rm 35






nona manis


Assalamualaikum.....

alhamdulilah di beri kesempatan untuk bicara kali ini setelah sekian lama tidak update.
kuih nona manis menjadi buat mulut di alam maya sekarang ni 
Alhamdulilah sesedap rasa si nona manis memikat rasa setiap pembeli.




Tuesday, July 26, 2016

Puding karemel


Lama dah terasa sangat. Teringin nak makan puding ni... 
Hari ni dengan gigihnya siapkan puding .Alhamdulilah...rasa enak di makan Sejuk2. 
Saya juga mengambil tempahan dengan harga rm 30 loyang 9 inci... 




tat cheses gebu

Assalamualaikum... 
Tat buncit gebu tetap dihati....
Rm 20 ( 23 pcs)...
Tq pada yg tak jemu2 oder dengan saya.....




Tuesday, July 19, 2016

kek coklat with strawberry


Assalamualaikum....
Alhamdulilah dengan izin Allah masih berpeluang update blog yg sekian lama di tinggal sepi. Oder dari adik mira untuk sahabat tersayang

Kek coklat lapis buah strawberry...
Bersama whipping cream yang enak





Friday, January 1, 2016

kek perkahwinan

assalamualaikum
salam sejahtera dan selamat tahun baru 2016
sungguh cepat masa berlalu , setiap tahun di mulai dengan azam dan  matlamat baru . begitu juga dengan saya , Insya Allah tahun ni dengan azam dan matlamat baru untuk menambah nilai dalam kehidupan sendiri dan orang - orang disekeliling kita.

saya buka tirai ditahun 2016 ni dengan kek kawin bajek samada untuk tempahan  katering atau orang perseorangan. Insya Allah tidak mengecewakan...







Wednesday, September 9, 2015

Kuih Lapis Pelangi


Kuih Lapis Pelangi







Assalamualaikum buat pengunjung blog kesayanganku 
terima kasih kerana sudi menjengah di blog yg tak seberapa ini . Himpunan resepi untuk kegunan anak - anak saya di masa akan datang
kali ini dengan resepi kuih lapis pelangi .banyak kali dak saya membuatnya sama ada untuk makan sendiri atau tempahan untuk kawan - kawan. sumber asal saya dapat resepi ini dari fb dan resepi asal adalah dari guru saya Chef Asma. Dalam resepi ini ada perubahan sedikit mengikut selera saya.

resepinya

bahan A

320 gula
320 tepung beras
160 tepung gandum

bahan B
500 ml santan pekat
1070 ml air
satu sudu teh garam
 * bahan b di masak sehingga gula larut sahaja (suam-suam kuku)

cara: 

1)satukan bahan A dan B dalam satu mangkok.sebatikan
2)bahagikan kepada 6 bahagian sama banyak dan letak pewarna
3)kukus setiap lapis lima minit
4)kukusan terakhir 20 minit
5) sejukkan baru di potong

selamat mencuba....







Monday, September 7, 2015

crempuff yang comel



Lama saya tak menjegah disini, lama juga bersawang saya punya blog . Mencari perasaan rajin untuk menulis ,bercerita, agak lama... mencari ke semangat setelah lama 'terduduk' banyak tersimpan di hati kata - kata yang tak terluah dek perasaan....
Cantik crempuff di atas kan bukan saya yang membuatnya ... gambar dr intenet. satu hari nanti In Sya Allah bila kerajinan menjengah saya nak membuatnya biar menjadi realiti...