Terima kasih pada anda yg sudi....

Sunday, January 29, 2012

Kelas basic kek cawan

 Alhamdulilah ...Jumaat yang lepas,dapat adakan kelas kek cawan basic untuk kekawan Mak (mertuaku) di Kelana Jaya...Happy dengan hasil masing2.

anak dara ni seronok dapat mendeko .....

Cempedak goreng..

 Dalam renyai hujan anak Nur nak makan cempedak goreng ,singgah la gerai buah tepi jalan kat Taman Gasing.Sebab tak de pilihan kita beli la juga ...sebijik ni harganya RM 9.00....balik umah kita anak beranak kerjakan buah cempedak ni....isi dia memang cantik dan manis...Tapi sedikit rasa terkilan kerana isi tak penuh cuma dapat 15 bijik je...dok kira2 , seulas buah regenye 0.60 sen....(kalau beli yang siap goreng RM 1.00 dapat 5 ulas.....huhuhuhu

Thursday, January 26, 2012

mekar ...

Assalamualaikum....
alkisahnye ...mula2 nak buat muffin chocolate...singgah la blog kak yati....cantik je kak yati punya muffin....bila tiba waktunya malas la pulak Nur nak bakar...terus je kukus...ha...kembang sejambak gitu...mcm apam mekar la pulak ...apa pun janji sedap walaupun dah berubah rupa.....

Resepinya
Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam

1 cawan fresh milk
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak
1 sk esen vanila
3/4 cawan choc chips

Cara Membuat
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam.
  2. Ayakkan dan ketepikan.
  3. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata guna whisk aja.
  5. Masukkan choc chips.
  6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama
  7. 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)
Cuba lah sedappppp....

Saturday, January 21, 2012

Cornflakes WC......

Assalamualaikum semua...salam pagi minggu ,cuti bermula sudah.....best sangat ....ada lebih masa nak bercinta didapur....lepas buat kuih samada untuk oder,frozen atau pepagi letak kat gerai dan restoran kekawan...boleh masak untuk anak...boleh baking....(sebelum ni time tahap bz sesangat Nur masak nasi je..lauk beli kedai hihihi) best...best...Semalam Nur dah siap kudap -kudapan untuk dikunyak oleh anak2 daraku....dapat la 2 balang rasanya petang nanti dah habis.....

Resepinya....ala semua orang boleh buat.....cornflakes digaul dengan white chocolate compaun...dan hias dengan dark chocolate sekian.....

Friday, January 20, 2012

Semoga hidup ini lebih diberkati......

 Assalamualaikum ....selamat bercuti semua....sempena hari raya cina....saya bila dah start cuti ni rasa la sikit kelegaan.....boleh la rehat seminggu jadi pemandu ....apa pun kerja dilakukan harus ikhlas baru rasa tenang dan redha dengan situasi yang dihadapi seharian.....Malam ni saya nak berkongsi satu rencana yang begitu hebat...sama-samalah kita beramal dan menghayati kebesaranNYA....( ambil kat blog http://taotauajer.blogspot.com/ )

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Bacakan penjelasan lanjut di bawah....

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a.. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat

Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s.a.w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Thursday, January 19, 2012

Terapi terbaik...

 Assalamualaikum.....sekian kalinya bersua lagi....dialam maya ini....(melalut sikit ari ni...)Sesekali dapat melentok jari jemari dengan roses walaupun tak sepakar mereka yang begitu pro dalam bidang baking ini ,tapi ini lah terapi yang menenangkan bagi saya.....dah lama tak praktis.....tetiba cikgu sekolah anak nak oder kek....saya buat la mana yang terdaya.....semoga cikgu...berpuashati....



Wednesday, January 18, 2012

Semudah A ,B, C......

Assalamualaikum....semalam buat muffin untuk bekalan anak- anak ke sekolah senang dan mudah...
resepi ambik kat blog http://nurriezqi.blogspot.com. 
memang sedap....

Muffin Chocolate Chips

Bahan A:
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
3 st baking powder
secubit garam

Bahan B:
1 cwn susu cair
2 cwn gula (akak letak 1 cwn jer)
3 biji telur
1 cwn minyak masak
1 st coklat emulco (akak letak coklat paste)

coklat chips (utk d tabur)

Caranya:
Smua bahan A d ayak dahulu.
Bahan B d pukul smua hingga gebu.
Campur bahan A ke dalam bahan B,pukul lg sampai sebati - pukul lama sdikit.
Masukkan ke dalam paper 3/4 penuh dan taburkan coklat chips.
Bakar pada suhu 18o selama 20 minit.Api atas bawah.


Monday, January 16, 2012

1malam 1 hari....

Assalamualaikum....salam sejatera semua....
al kisahnye....maklum la..kan  saya ni tak de pembantu,nak tolak .... rasa macam nak buat....dah ape lagi aku kerjakan la seorang diri...alhamdulilah....inilah hasilnya 1 malam 1 hari lebih kurang seribu biji kuih.....
puteri ayu warna warni......
karipap pusing .....

pau sambal n apam gula hangus

karipap frozen....
Terima kasih pada mama Nor.adik elya.dan Cikgu Pah......bengkak juga betis aku.....n lebam juga mata aku tak tdo...tapi rasa seronok...hihihi.....

Wednesday, January 11, 2012

3 Dara..pingitan....

3 dara sedang menjamu selera di pizza hut sehari sebelum tahun baru.....
dan penutup tirai cuti sekolah....