Recent Posts

Thursday, April 26, 2012

Mix fruit bun


Roti lagi.... utk makan malam.... sehari dua ni jatuh cinta dengan roti. My hubby yang sangat suka makan roti ni.... jadi kena la rajin kalau nak jadi isteri mithli.....resepi kali ni ambil dari kak liza.



 Resepi Roti Asas. dr kak liza othman

Bahan2..
500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
100gm gula castor
20gm susu tepung
1st bread improver(optional)
4st yis
1st garam
1biji telur
220gm air sejuk
butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
1st bread softner (optional)

cara:
gaul sebati bahan kering dan masuk kan air dan telur
uli sebati masukkan butter dan hingga doh licin dan elastik
perap 2x ganda buang angin dan bentuk2kan
perap 2x ganda dan bakar


Roti naik

Cerita ini yang semalam ... tercipta roti ini kerana selalu dok skodeng blog www.jintanmanis.com memang sedap ,lembut dan gebu.... mintak halal ye ... memang sedapppp.

letak CF lagi....
 Resepinya....



Doh Asas Roti Manis
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

*untuk topping*

sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese



Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan. (yg ni saya tak campur )


blueberry......



roti siput @ donat gebu


Assalamualaikum semua.... semalam sempat saya buat roti siput lebihan dari adunan doh donat ,alhamdulilah tidak mengecewakan gebu dan sedap.

boleh juga letak inti buttercream sy letak CF.

Resepinya donat dan roti siput:

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing


Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat skit kt tangan, tp teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebenter baru canai untuk diterap guna acuan donut.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.


acuan buat roti siput

Tuesday, April 24, 2012

Chocolate pralin,oreo



Pelbagai chocolate... berminat hubungi saya .. untuk tempahan....





Monday, April 23, 2012

Oreo lolichocolate....

Berminat untuk oder ..... Rm 1.50 pcs.


My Anak Dara



Hari berlalu begitu pantas melihat mereka semakin dewasa... hanya doa yang tulus dari umie semoga hidup kalian di berkati dunia dan akhirat.....

Yang terlepas....

Assalamualaikum semua.... dah berminggu- minggu saya menyimpan gambar ni , tak tau nak edit guna  , mac book pro, hari ini setelah berjam- jam saya mengadapnya picit sana -sini ... akhirnya.... dapat la megeditkan gambar kek ini (masih banyak lagi perlu belajar tentang kemera dan computer ) 
p/s : terima kasih untuk ' my daling saya pakai awak punya laptop) mcm jadi milik aku la pulak....




Kls Chocolate di PERKIM

Syukur Alhamdulilah , kelas chocolate anjuran pertiwi di Perkim berjalan dengan lancarnya, Gembira tengok saudara - saudara baru kita begitu teruja, ada diantara mereka berhajat membuka perniagaan ... alhamdulilah semoga niat mereka dipermudahkan Allah.... amin...



 Bersama Pn.Fatimah , pergurus program 

 Jambangan oreo loli, oreo , real chocolate 




Monday, April 16, 2012

Majlis


Assalamualaikum...semua...
inilah sebahagian tugasan hari  minggu ku.Untuk majlis perkahwinan . Terima kasih  Syarina Selamat Pengantin Baru....
200 sardin roll dan 200 karipap pusing

Wednesday, April 11, 2012

Assalamualaikum... inilah sebahagian daripada produk yang kami hasilkan...
Rasanya ,Alhamdulilah sedap sekali... kepada sesiapa berminat nak oder silakan...


Chocolate Perfection

 
 Boston Cheese
 Oreo Cheese
German Blackforest Torte