Recent Posts

Monday, January 31, 2011

Genting Highland


Selamat bercuti semua...saya pun turut rasa seronok juga la cuti- cuti ni .Semalam sepanjang hari hujan dari Kuala lumpur sampai la ke Genting Highland. Sebut pasal Genting Highland semalam sempat saya dan anak - anak merasai suasana disana 1 hari..mengikut my hubby yang kebetulan ada urusan disana.Tapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan kita main kejar -kejar kat dalam bangunan je lah...penat layan tiga puteri yang seronok sampai tak nak balik ni...layan je lah sedahagian dari gambar kami ni ye... 









Friday, January 28, 2011

Oder dari MGS (1)

dah siap paking
 Salam....semua...selamat bercuti Tahun Baru Cina.Saya pun fuhhhh rasa lega sikit dapat cuti ni...boleh la rehat seketika dari jadi pemandu... ...hari ni dah last day anak2 sekolah....boleh la rehat lebih sikit....

Dalam dok rehat-rehat tu ada oder saya buatkan juga....inilah projek saya semalam untuk sekolah MGS (1).Terima kasih Puan Latifah....



80 apam coklat
80 donat
80 karipap pusing

Thursday, January 27, 2011

Aku nak jadi tokeh BISKUT RAYA lak...

Salam semua...maaf la ye saya ni sekejap tengelam timbul je...dalam berblog...banyak hal ...dan urusan...baru-baru ni...handphone buat hal...tangkap gambar pun hanya satu-satu tu je la....pakai kemera blackberry itu pun orang bagi...ok ja juga kan nak harap kita beli memang tak la kan...
Gambar biskut raya kat atas tu projek kita hari minggu lepas....raya tahun ni siapa nak merasa biskut saya boleh la oder...gerenti berbaloi- baloi...raya lambat lagi...tak pe promosi kena lebihhhhh

Untuk kakitangan YB

Tak lupa juga gif untuk kakitangan YB Abdul Syukur Haji Idrus.Alhamdulilah selepas ini semoga bertambah- tambah la rezeki Kak Hawa ye...

Kek chocolate moist untuk YB.

Tempahan kek ni dari Kak Hawa untuk YB Abdul Syukur...tanda terima kasih Kak Hawa kepada beliau .kerana banyak membantu dalam menaiktaraf kehidupan Kak Hawa sebagai Ibu Tunggal...
Terkial -kial tangan sy buat bunga ros tu macam tak lulus je...almaklum le...tak ke kelas....Kepada Kak Hawa terima kasih...

Thursday, January 20, 2011

Terima Kasih ...terharu atas kesudianmu....

biskut romylax dan chocolate nut
Salam semua...harap hari cuti ni sihat semua..bersantai-santai dengan ahli keluarga...sambil tenang -tenangkan fikiran. Biskut ni minggu lepas saya menuntut ilmu dengan seorang kenalan...makcik ni,umurnya lebih kurang 60 tahun keatas.. memang terer buat biskut- biskut  raya ...yang saya rasa sangat bersyukur dan terharu sangat ialah...makcik ni sanggup datang rumah saya untuk ajar saya buat biskut - biskut keluaranya(tanpa bayaran...terharunye).Alhamdulilah hujung minggu nanti makcik ni datang lagi kerumah saya,produk biskutnya lebih 20 jenis berlainan rasa dan bentuk.Saya berkongsi disini kerana rasa terima kasih saya padanya,sanggup luangkan masa untuk saya mempelajari semua ini.Dan kepada teman -teman di luar sana berminat nak oder atau merasai 'air tangan orang lama' boleh hubungi saya.

rasanya memang sedap...dan rangup

Tuesday, January 18, 2011

Cerita Semalam.....oder semalam

15 biji cupcake ni kawan saya oder ,fiza yang baru habis berpantang melahirkan anak ke 3.Teringin sangat nak makan cupcake. Moga fiza berpuas hati dengan cupcake chocolate moist.

Eh ...benda asing ape tu....saja bagi fiza rasa apam dot-dot

Monday, January 17, 2011

Apam dot - dot

Salam semua...teruja dengan kecantikkan apam dot-dot rakan - rakan buat..saya pun teruja juga membuatnya...malahan saya  buat niaga macam kak Am .Resepi asal saya ambik sini .
pek je mcm ni hantar kedai..


Jom kita lihat resepi...saya dah tukar kepada sukat cawan

  1. 3 biji telur sejuk
  2. 1 cawan gula
  3. 2 cawan tepung
  4. 3 sudu kecil baking powder
  5. 3/4 susu atau santan
  6. 1 sudu kecil ovellate 
  7. sedikit esen vanilla
  8. inti tengah terpulang pada individu(kelapa,stoberi,kaya dll)
Cara- canya
  • telur ,gula dan ovellate dipukul gebu dan kembang
  • masukan santan diselang seli dengan tepung yang dah di ayak dengan baking powder
  • pukul lagi hingga gebu
  • masukkan setengah adunan dalam acuan masukkan inti dan penuhkan adunan dalam acuan ,boleh la buat dot -dot ke apa- apa corak yang kita suka...
  • kukus 20 minit api sederhana.tutup penutup kukus denga tuala.(supaya air tidak menitis atas permukaan apam)
  • selamat mencuba

Kuih Lapis Senang

Salam semua...kuih lapis ni memang hari - hari saya buat niaga..resepi dia senang dan mudah...resepi asal saya lupa  ambik dimana tapi saya dah  tokoh tambah sedikit bahan-bahannya dan  hasil serta rasa sedang - sedang elok ....

resepi (loyang kecil)
  1. 11/2 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 1/2 cawan tepung jagung
  4. 11/2 cawan gula
  5. 1000 ml santan sederhana pekat
cara-cara
  • masukkan semua bahan kedalam blender,blender semua hingga hancur dan sebati
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian ,1 bahagian putih(warna asal) dan 1 bahagian merah.
  • boleh la melapis dengan masukkan 1 cawan setiap bahagian buat selang seli...warnanye
  • setiap lapis 10 minit dan lapis terakhir 30 minit
  • sejukkan baru potong...

Thursday, January 13, 2011

Kek Untuk Cikgu....




Salam semua...hari ini saya letak n3 yang lepas...kek span vanilla ni dah habis dikendurikan 2 hari lepas oleh cikgu-cikgu sekolah MGS anak saya...Sebagai tanda penghargaan atas didikkan cikgu pada anak- anak saya.sambil promot kek tak kisah la kan...janji niat dihati...

Wednesday, January 12, 2011

Pulut pelangi....

Salam semua..sehari dua ni aku memang  rasa syok nak buat kuih talam je...2...3  potong buat makan selebihnye lagi aku jual,dapat la hari - hari aku rasa macam -macam kuih talam kalau rajin la.Dan hari -hari juga aku selongkar rumah kak yati. Peduli apa kan...aku nak cuba semua talam-talam kak yati nih...




 warna tak meriah mcm kak yati punya, tak pe la ..janji sedap





resepinye, biasa la CnP je ...

Lapisan Bawah:
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.
Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

Tuesday, January 11, 2011

Seri Muka

Salam semua ..kuih ni saya buat semalam teringin tengok kat blog kak yati.Semua kuih talam - talamnya alahai cukup menggoda....dan senang nak buat... resepi ni saya C n P ye kak yati.Tapi kan maaf  la...  kak yati tepung kastad saya ganti dengan tepung jagung.(tepung kastad kat umah dah habis....) Alhamdulilah menjadi juga la ye

Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair ( saya guna 1 1/2 cwn je..)
  • sedikit garam
Cara
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
  4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad (saya letak tepung jagung)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
==>Utk adunan ni saya masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dngn api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

Monday, January 10, 2011

Happy Birthday Daniel

Alhamdulilah genap sudah umur Daniel ,9 tahun hari ini.Cheses kek  ni  dioder oleh kak Ina untuk anak tunggal kesayangnya.Semoga panjang umur dan murah rezeki.....


Sunday, January 9, 2011

Kek Span Karamel



Salam semua...Harap hari-hari yang dilalui penuh keberkatan.....
Hari ni saya buatkan kek span karamel , tengok kawan- kawan kat my resepi teruja juga nak mencubanya.Resepi yang asal saya olahkan letak kek span untuk lebih lembut dan sedap tekak menelannya.Ini lah hasilnya kek span karamel saya .Jom kita tengok resepinya....






Bahan-bahan ( loyang saiz 8' )

 bahan gula hangus.

  • 5 sudu gula
  • 1 sudu air
 bahan puding 
  1. 400 ml susu cair
  2. 5 sudu besar gula
  3. 4 bijik telur
  4. 1 sudu esen vanilla
 bahan Kek span

  • 125 gm tepung kek 
  • 15 gm ovalette
  • 125 gm gula kastor
  • 5 biji telur B
  • 75 gm minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Pewarna merah dan Kuning

Cara-cara

cara untuk buat gula hangus

  • Gula dan air masak hingga cair kekuningan/perang..dah cair tuang terus ke loyang dan biarkan
cara buat untuk puding
  1. panaskan susu dan gula hingga gula cair... pukul telur dan esen vanila.
  2. kemudian masukan susu panas tu perlahan2 dan kacau jangan sampai berbuih.
  3. Sebatikan kemudian tuang atas karamel tadi…(se eloknya ditapis untuk membuang saki baki telur yang tak sebati)
cara untuk buat kek

  • Campurkan semua bahan -bahan kek dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 hinggan 15 minit atau sehingga gebu.
  • Kemudian boleh la masukkan bahan kek kedalam loyang yang ada puding tadi .
  • adunan kek ni akan terapung, bakar secara double boil..selama 45 minit atau sehingga kek masak..sejukkan dlm peti sejuk 
SELAMAT MENCUBA

Friday, January 7, 2011

Mekar Setaman...

Kek ni saya buatkan untuk sepupu belah suami saya yang bertunang pada 2/1/2011 yang lalu...Sebagai tanda ingatan dari kami sekeluarga semoga pertunangan ini kekal hingga bertemu jodoh....Tapi yang sedihnya tak sempat (atau lupa) nak ambik gambar bakal tunang tu....jadi layan jelah gambar kek ni....

Hari ujian untuk adik

Hari Sabtu 1/1/2011 yang lalu adik(anak dara saya yang kedua) menduduki ujian penilaian kelas agama untuk menentukan kelas,Tengok muka adik sedih je kan....tengah memerah otak tu menjawab segala soalan...








Sambil dok pikir jawapan sempat lagi dok berposing tu....

Hari pertama sekolah....

My anak dara yang bongsu ni tak sabar - sabar nak sekolah..umur baru 4 tahun .nak tak nak terpaksa la saya daftarkan juga sekolahnya itu pun dah last minit nasib baik la ada lagi kekosongan kalau tak banjir la umah dengan airmata nagisnye..mana taknye memajang jeles gan kakak -kakak nye yang semua dah kesekolah.Dia pun sibuk juga nak bercerita pasal sekolah dia...
Itulah harapan kita semua pada anak- anak ...semoga menjadi anak yang solehah,berilmu..dan dapat berbakti pada masyarakat....